• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda XL750 Transalp (2023) Kini di Filipina, Harga RM47.2k!

Honda XL750 Transalp (2023) Kini di Filipina, Harga RM47.2k!

April 18, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter


SELEPAS melancarkan beberapa model baharu di Pameran Motor Makina 2023, Honda Filipina (Honda PH) melancarkan satu lagi model baharu, Honda XL750 Transalp (2023) untuk pasaran negara itu.

Motosikal kembara itu sudah dilancarkan tahun lalu di Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2022 di Itali dalam rekabentuk retro dan enjin sama seperti Honda CB750 Hornet baharu.

Dari segi rekabentuk, Honda XL750 Transalp (2023) tampil mirip Honda CB500X, dengan gaya advencer istimewa.

Model ini mempunyai visor depan boleh laras dan lampu utama bentuk segitiga, manakala bahagian roda mendapat rim 21 inci di depan dan 18 inci di belakang. Bahagian fairing dihiasi dekal retro Transalp.

Trenkuasa Honda XL750 Transalp (2023) dijana enjin 4-lejang dwi-silinder 755cc Parallel-Twin penyejukan cecair, sama digunakan Hornet.

Enjin tersebut menghasilkan kuasa 90.5hp @ 9,500rpm dan tork 75Nm @ 7,250rpm yang dipadankan transmisi manual 6-kelajuan dengan klac antigelincir.

Ada dua pilihan warna ditawarkan untuk Honda XL750 Transalp (2023) di Filipina, iaitu Ross White (putih) dan Matte Ballistic Black Metallic (hitam).

Harga 598,000 peso (RM47,220) ditawarkan Honda XL750 Transalp (2023) berada di tengah antara Honda CB500X dan Honda Africa Twin di pasaran Filipina.

BACA >>> Honda XL750 Transalp (2023) Lancar di EICMA 2022, Harga Kekal Misteri
BACA >>> Honda Rebel 1100 (2023) Masuk Pasaran Filipina, Harga RM51.5k!

SUMBER: TopGearPhilippines

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: 2023 Makina Moto Show, Filipina, Honda CB750 Hornet, Honda Filipina (HPI), Honda PH, Honda XL750 Transalp (2023), Pameran Motor Makina (2023), roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my