• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Roadster EV MG Cyberster (2024) dengan Pintu Gunting, Jarak Pandu Hingga 452km

Roadster EV MG Cyberster (2024) dengan Pintu Gunting, Jarak Pandu Hingga 452km

May 15, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


PENGELUAR automotif bersejarah dari Britain, MG semakin agresif kebelakangan ini dengan menawarkan pelbagai model merentasi segmen dan juga kenderaan elektrifikasi.

MG juga mempunyai kilang pemasangan di negara jiran Thailand. Selepas menawarkan pelbagai model popular masa kini, MG kembali kepada asal dengan memperkenalkan kereta sport 2-pintu Cyberster.

Menariknya, roadster itu dijana trenkuasa elektrik dan satu langkah ke depan ketika banyak kenderaan elektrik (EV) hari ini menggunakan rekabentuk hatchback dan kenderaan utiliti sukan (SUV).

Dari segi rekabentuk, MG Cyberster membawa semula warisan jenama itu dengan bonet panjang, muncung rendah dan permukaan beralun.

mg-cyberster-2024-4
mg-cyberster-2024-1

Roadster MG kini lebih ekstrem dengan pintu gunting dan rekaan belakang Kammback (potongan menegak atau sedikit condong).

Trenkuasa belum didedahkan, tetapi sebagai rujukan model elektrik terbaru MG4 EV ditawarkan dalam varian 51kWj dengan kuasa 168hp (125kW) dan tork 250Nm. Sebuah lagi varian 64kWj menghasilkan kuasa 199hp (150kW) dan tork 250Nm.

Jarak pemanduan pula hingga 350km, 434km dan 452km mengikut varian berdasarkan kombinasi Prosedur Ujian Kenderaan Ringan Harmoni Sedunia (WLTP).

Angka kuasa itu sebenarnya sederhana untuk kereta sport, tetapi bergantung objektif dibuat sama ada untuk pemanduan dan pengendalian atau kuasa.

MG Cyberster dijangka tiba untuk jualan di Britain dan Eropah pada musim panas tahun depan (Jun hingga September 2024).

BACA >>> Kereta Sport Milik Pengasas Lotus Buka Bidaan, Anggaran Harga Lebih RM310k!
BACA >>> #BikinKereta: Porsche 911 Cabriolet reimagined by Singer dengan Kuasa 510hp, Gear Manual

MG Cyberster 2023.01
MG Cyberster 2023.02
MG Cyberster 2023.03
MG Cyberster 2023.04
MG Cyberster 2023.05
mg-cyberster-2024-1
mg-cyberster-2024-2
mg-cyberster-2024-4
mg-cyberster-2024-5

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kereta Sport, MG, MG Cyberster, MG Cyberster (2024), roadster, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev