• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Naked Bike CFMoto 450NK Bakal Gugat Populariti Kawasaki Z400?

Naked Bike CFMoto 450NK Bakal Gugat Populariti Kawasaki Z400?

April 18, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


CFMOTO dilaporkan sedang melakukan persiapan memperkenalkan naked bike 450cc ke pasaran global yang dianggap sebagai pencabar baharu kepada Kawasaki Z400.

Khabarnya, rancangan memperkenalkan CFMoto 450NK itu bocor disebabkan dokumen permohonan kelulusan motosikal kepada pihak berkuasa China.

Dokumen itu juga mendedahkan sekeping foto CFMoto 450NK yang dipercayai versi pengeluaran yang berkongsi trenkuasa, casis, suspensi dan beberapa komponen badan dengan CFMoto 450SR.

Trenkuasa naked bike ini sama seperti sportbike CFMoto 450SR, jenis dwi-silinder sebaris 449.3cc DOHC penyejukan cecair dengan aci engkol 270º yang meledakkan kuasa 49.6hp @ 9,500rpm, dan tork 40.7Nm @ 7,600rpm.

Output kuasa model CFMoto jelas mendahului Kawasaki yang mampu mengekstrak kuasa 48hp @ 10,000rpm dan tork  37.96Nm @ 8,000rpm. Mengenai berat, produk China itu sama berat dengan Kawasaki Z400 (2023) (foto atas).

CFMoto 450NK dianggar berharga AS$5,199 (RM23,100), lebih murah daripada Kawasaki Z400. Apabila dilihat komponen digunakan 450NK, model itu nampaknya selangkah di depan Z400.

Kawasaki mengekalkan fork konvensional untuk Z400, sebaliknya CFMoto menggunakan fork terbalik (USD) untuk 450NK. CFMoto juga menerima kaliper brek Brembo 4-piston dengan cakera brek 320mm (Kawasaki Z400: cakera brek 310mm kaliper 2-piston).

CFMoto 450NK menggunakan panel meter TFT 5-inci, manakala Kawasaki z400 panel meter LCD monokrom.

BACA >>> CFMoto 450SR (2024) Facelift dengan Swingarm Sebelah Bakal Lancar Tahun Depan
BACA >>> Filipina Sambut Ketibaan Streetfighter CFMoto 800NK (2023), Harga RM38.9k
BACA >>> Kawasaki Z400, Ninja 400 (2023) Masuk Pasaran Eropah, Kini Patuh Euro5

SUMBER: CycleWorld

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: CFMoto 450NK, CFMoto 450SR, kawasaki z400, naked bike, roda2, Streetfighter 450cc

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my