• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Honda Uji Van Kei-Car Elektrik untuk Tugasan Hantar Barang, Mula Jual 2024

Honda Uji Van Kei-Car Elektrik untuk Tugasan Hantar Barang, Mula Jual 2024

May 8, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


HONDA N-BOX sudah bertahun lama menambat hati pengguna di Jepun hingga berjaya menduduki tangga pertama model kei-car terlaris negara itu.

Demam Honda N-BOX turut melanda pasaran tempatan yang kini mudah didapati di kedai pengimport bebas pada harga bermula RM80,000 dan ke atas bergantung spesifikasi dan tahun buatan.

Honda ada sebuah lagi siri N dipanggil N-VAN di Jepun. Seperkara menarik, Honda sudahpun memulakan progam pembangunan kenderaan komersial elektrik dengan menggunakan N-VAN sebagai percubaan.

Honda dan syarikat logistik Yamato Transport akan menguji kebolehgunaan van tersebut untuk tugas mengambil dan menghantar barangan bermula Jun hingga Ogos tahun ini.

Honda mahu mempopularkan kei-car EV dan satu usaha baik kerana jenama Honda N-BOX (foto atas) sudahpun dipercayai di sana. Malah, Honda sebenarnya masih menyimpan maklumat penting tentang model bakal ditawarkan.

Spesifikasi pun masih rahsia kecuali mendedahkan kei-car EV komersial yang bakal dilancarkan musim luruh tahun depan (antara Mac dan Jun).

Terdahulu, Honda memaklumkan sasaran jarak pemanduan hingga 200km dan mahu dijual pada harga sangat rendah, iaitu 1,000,000 yen (RM33,000) sahaja.

Program ujian bersama Yamato itu melibatkan tiga unit Honda N-VAN dengan trenkuasa elektrik dan digunakan di beberapa lokasi seperti Suginami, Utsunomiya dan Kobe. Program ujian itu melibatkan beberapa aspek seperti pengesahan dari segi praktikaliti, jarak pemanduan dan pengumpulan data seperti kelajuan, penggunaan tenaga untuk penyaman udara dan sebagainya.

Satu kelebihan Honda N-VAN adalah ruang kargo luas dan lantai rata yang dimanfaatkan dengan memasang dua peti sejuk D-mobico bagi urusan logistik barangan sejuk. Honda turut melakukan ujian dengan mengecas dan menguji di kawasan sejuk sebagai simulasi kepada operasi pengambilan dan penghantaran pada musim itu.

BACA >>> Honda CR-V Hybrid Racer (2023), SUV Buas dengan Enjin Hibrid 2.2L Turbo Kembar V6, 800hp!
BACA >>> SUV Hibrid Gaya Sport Honda ZR-V e:HEV MUGEN Custom Concept (2023)

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Honda, Honda N-BOX, Honda N-Van, Kei-Car EV Komersial, Yamato Transport

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my