• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kawasaki Pulsar N250 (2023) Masuk Pasaran Filipina, Harga RM12.8k!

Kawasaki Pulsar N250 (2023) Masuk Pasaran Filipina, Harga RM12.8k!

April 17, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


KAWASAKI mencipta kejutan di Filipina dengan mengumumkan ketibaan streetbike suku liter baharu Pulsar N250 (2023) yang akan dijual bermula Mei depan. Pengumuman itu dibuat di Pameran Motor Makina 2023.

Pulsar N250 (2023) akan menjadi model pengganti kepada salah satu produk siri Rouser, diyakini NS200 FI Versi ABS. Sebagai makluman, sumber industri ada memberitahu Pandulaju yang Modenas juga akan mengambil langkah sama menerusi pengenalan Pulsar 250cc tidak lama lagi.

Di Filipina, Kawasaki Pulsar N250 (2023) menggunakan trenkuasa 4-lejang silinder tunggal 249cc penyejukan minyak dengan sistem suntikan bahan api (FI), manakala harga jualan 161,500 peso (RM12,800).

Model ini akan dilengkapkan beberapa komponen yang sinonim dengan jenama Bajaj seperti sistem klac antigelincir Assist & Slipper (A&S), monoshock Nitrox dan sistem pencucuhan berganda digital.

Tidak dilupakan aspek keselamatan seperti Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) saluran tunggal, dan ciri lain seperti sistem ekzos kembar, panel meter LCD dan sistem lampu LED serta soket USB.

Kapasiti tangki minyak 14 liter, iaitu lebih dua liter daripada NS200. Berat jentera pula 162kg dan tinggi pelana 795mm.

BACA >>> Modenas Kemas Kini Imej Streetbike Pulsar NS200, Harga Kekal RM9.6k!
BACA >>> Bajaj Auto Lancar Dua Model Pulsar 250cc, Modenas Mahu Bawa Masuk?
BACA >>> Bajaj Perkenalkan Siri Pulsar 250 (2022) Versi Serba Hitam, Harga Mula RM8.4k!

SUMBER: MotoPh

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: autoterkini, Kawasaki Filipina, Kawasaki Rouser Pulsar N250 (2023), Pameran Motor Makina (2023), roda2, Rouser

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my