• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Volkswagen Perkenal Unit Pacuan RWD APP550 untuk Model EV, Tork Setinggi 550Nm!

Volkswagen Perkenal Unit Pacuan RWD APP550 untuk Model EV, Tork Setinggi 550Nm!

May 2, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


VOLKSWAGEN memperkenalkan unit kuasa APP550 pacuan roda belakang (RWD) yang baru dibangunkan dan bakal digunakan siri kenderaan elektrik (EV) ID penghujung tahun ini.

Unit itu akan memanfaatkan siri ID dari segi kuasa dan jarak pemanduan lebih jauh. Asas rekabentuk unit pacuan itu kekal berpaksi pada platform Pacuan Elektrik Modular (MEB).

Dari segi prestasi, trenkuasa itu menawarkan output kuasa 210kW (286ps) dan tork 550Nm bergantung nisbah gear sesebuah model. Daya kilas tinggi itu memberikan prestasi cemerlang dari pegun hingga kelajuan tinggi.

Capaian daya kilas tinggi juga disumbangkan pemegun (stator) dipertingkat dengan lilitan (winding) lebih banyak dan sekysen silang (cross section) wayar lebih besar.

Rotor pemegun juga dilengkapi magnet kekal lebih berkuasa dengan kapasiti beban lebih tinggi. Unit pacuan itu juga diperkukuh bagi menampung daya kilas lebih kuat.  Sebagai makluman, arus (current) ialah faktor penting kuasa sesebuah pacuan elektrik.

Satu lagi komponen penting ialah inverter yang dibangunkan Volkswagen supaya dapat membekalkan arus tinggi diperlukan untuk kuasa dan kecekapan lebih tinggi. Komponen itu juga berfungsi sebagai 'otak kawalan' dalam enjin.

Bagi meningkatkan kecekapan pacuan elektrik APP550, Volkswagen melakukan beberapa penambahbaikan komponen trenkuasa, termasuk sistem pengurusan termal.

APP550 juga dilengkapi sistem penyejukan jimat tenaga yang beroperasi tanpa pam minyak pacuan elektrik. Sistem itu melakukan penyejukan kendiri melalui roda gear transmisi dan komponen bentuk khas untuk bekalan dan agihan minyak.

Minyak panas disejukkan litar penyejuk kereta yang mengekalkan pacuan APP550 pada suhu operasi, manakala bahagian luar pemegun dilengkapi penenggelam haba air (water heat sink). Sistem pacuan dengan kotak gear, rotor dan pemegun dikeluarkan dari kilang Komponen Volkswagen Group di Kassel, Jerman.

Setakat ini Volkswagen menawarkan pelbagai model elektrik seperti ID.3, ID.4, ID.5 dan ID.6. Tahun lalu, pengeluar itu berjaya menyerahkan lebih 330,000 unit kenderaan elektrik (EV) kepada pelanggannya. Unit APP550 berkemungkinan dipasangkan pada model baharu Volkswagen ID.7 yang kini giat dipromosikan.

BACA >>> Van Elektrik Volkswagen ID.Buzz Terima Tempahan Luar Jangka! Kembalikan Nostalgia Kombi
BACA >>> 500k Unit Volkswagen ID. Dijual Seluruh Dunia, ID.4 Bakal Tiba di Malaysia!

Volkswagen APP550 MEB drive.02
Volkswagen APP550 MEB drive.03

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: APP550 MEB, APP550 MEB drive, Auto Terkini, Volkswagen, Volkswagen APP550 MEB, Volkswagen APP550 MEB drive, Volkswagen Group, Volkswagen ID.7, vw

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev