• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BMW Bakal Perkenal Teknologi Pengecaman Muka untuk Motosikal!

BMW Bakal Perkenal Teknologi Pengecaman Muka untuk Motosikal!

April 14, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter


PENGGUNAAN cap jari untuk membuka kunci ialah teknologi yang sudah biasa dilihat dan bukan lagi menjadi ciri hebat jika digunakan pada motosikal. Tapi bagaimanakah pula sistem pengecaman muka?

Jika sistem pengecaman muka digunakan, selesakah anda meninggalkan motosikal dengan berharap sistem tersebut akan melindungi daripada dicuri. Persoalan itu perlu ditanya kepada diri sendiri kerana tidak lama lagi,  BMW akan melancarkan teknologi baharu seperti itu pada beberapa model motosikal jenama itu menjelang akhir tahun ini.

Sistem pengecaman muka itu dipanggil iFace dengan menggunakan beberapa sistem berbeza untuk membuka kunci dan menghidupkan motosikal. Sistem itu menggunakan unjuran jalur untuk membina peta tiga dimensi (3D) kontur muka untuk mengecam muka penunggang jika helmet tidak dipakai.

Bagaimanapun, kunci tetap terbuka jika penunggang memakai helmet kerana sudah menggunakan imbasan iris-kornea inframerah.

Bagi pengguna visor helmet berwarna, cermin mata hitam dan kanta, kunci juga masih boleh dibuka dengan penapis polarisasi yang membolehkan ia menembusi kaca dan plastik gelap untuk mengesan mata penunggang.

Ditambah sistem inframerah, sistem pengecaman muka dapat berfungsi dalam sebarang situasi walaupun gelap. Jika motosikal cuba dicuri, sistem BMW akan menghantar notifikasi kepada penunggang sebagai langkah keselamatan.

Sistem itu dikatakan akan diperkenalkan pada model BMW dengan enjin boxer dan ditayangkan kepada umum pada pameran motosikal musim luruh ini.

BACA >>> BMW R nine T 100 Years (2023), Hanya 10 Unit di Malaysia, Harga RM129,500!
BACA >>> BMW R 1250 RS (2023) Lancar dengan Ciri Standard Diperbaharui

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: BMW Motorrad, Boxer, iFace, sistem pengecaman muka

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev