• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / SUV Hiper EV Pertama Dunia, Lotus Eletre (2023) Kini di Malaysia, Harga Mula RM578k!

SUV Hiper EV Pertama Dunia, Lotus Eletre (2023) Kini di Malaysia, Harga Mula RM578k!

April 13, 2023 By Sharil Leave a Comment

59
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


LOTUS Cars Malaysia melancarkan SUV hiper elektrik pertama dunia untuk pasaran Malaysia, Lotus Eletre (2023).

Hanya 200 unit Lotus Eletre (2023) akan dibawa masuk tahun ini yang setakat ini sudah menerima 140 unit tempahan, manakala penghantaran akan dibuat suku keempat 2023.

Lotus Eletre (2023) ditawarkan dalam tiga pilihan varian:

  • Lotus Eletre - Bermula RM578,000
  • Lotus Eletre S - Bermula RM648,000
  • Lotus Eletre R - Bermula RM798,000

Lotus Eletre (2023) dipakejkan dengan waranti pengilang selama 5 tahun atau 150,000km, manakala waranti bateri 8 tahun atau 200,000km.

Platform EV Serba Baharu Lotus Eletre (2023)

Lotus Eletre (2023) dibina atas platform serba baharu Lotus, Arkitektur Premium Electric 800V (Electric Premium Architecture, EPA) dengan sistem agihan kuasa bersepadu dan bervoltan tinggi.

Ketiga-tiga varian menggunakan bateri kapasiti 112kWh dan pengecas 350kW yang membolehkan pengecasan pantas 10-80 peratus sepantas 20 minit, termasuk keupayaan menerima pengecasan AC 22kW sebagai standard.

Prestasi Lotus Eletre 2023

Lotus Eletre (2023) juga hadir dalam dua pilihan trenkuasa bersama pilihan motor tunggal atau dwi-motor elektrik di depan dan belakang untuk keupayaan pacuan semua roda (AWD).

Varian Eletre dan Eletre S dikuasakan motor tunggal berkuasa 603hp dan tork 710Nm dengan prestasi pecutan 0-100kmj sepantas 4.5 saat, dan pecutan 80-120kmj kurang 2.2 saat.

Kedua-dua varian mampu mencapai kelajuan maksimum 258kmj dan jarak pemanduan maksimum mengikut Prosedur Ujian Kenderaan Ringan Harmoni Sedunia (WLTP) sejauh 600km.

Varian premium Eletre R hadir dengan sistem dwi-kelajuan yang menawarkan kuasa 905hp dan tork 985Nm. Kelajuan 0-100kmj dapat dicapai sepantas  2.95 saat, manakala pecutan 80-120kmj kurang 1.9 saat dengan pecutan maksimum 265kmj.

Malah inilah SUV elektrik dwi-motor terpantas dunia dengan jarak pemanduan WLTP sejauh 490km!

Rekabentuk Luaran Lotus Eletre (2023)

Lotus Eletre (2023) menerima rekabentuk agresif dengan liang udara fungsional yang bukan sekadar rekaan. Gril depan aktif terdiri daripada rangkaian kelopak-kelopak tiga segi yang saling bersambung dan memberi kelebihan aerodinamik.

Gril aktif itu akan ditutup apabila kereta tidak bergerak atau wujud keperluan untuk mengurangkan seretan ketika memandu dan dibuka dalam bentuk tertentu untuk membenarkan udara memasuki radiator, seterusnya membolehkan Eletre ‘bernafas’ untuk menyejukkan motor elektrik, dan pek bateri brek depan jika perlu.

Spoiler bumbung gentian karbon pula kelihatan seperti winglet jentera lumba yang menyalurkan udara ke cermin, manakala spoiler belakang aktif diaktifkan automatik berdasarkan kelajuan.

Spoiler aktif belakang pada Eletre S dan Eletre R diaktifkan automatik kepada dua tahap berbeza pada halaju tinggi.

SUV hiper elektrik ini juga dilengkapi lima mod pemanduan yang mengubah respons stereng, tetapan damper, trenkuasa dan pedal pecutan. Mode tersebut terdiri daripada Range, Tour, Sport, Off-Road dan Individual yang standard pada semua varian.

Ciri luaran standard lain adalah lampu utama LED Matriks dengan ciri LED pada lampu suluh tinggi, lampu siang (DRL), lampu sisi, lampu kabus, dan lampu undur. Juga diberikan lampu aluan (welcome home), pintu but bebas tangan dengan memori tinggi bukaan, semburan air panas dan bumbung aluminium hitam berkilat.

Eletre S dan Eletre R ditambah ciri cermin sisi auto-malap, kaca privasi belakang dan pintu dengan ciri tutup lembut. Eletre R menerima Carbon Pack sebagai ciri standard.

Bahagian roda menggunakan tayar Pirelli P-Zero dengan rim aloi tempa 10 jejari saiz 22 inci warna perak, manakala varian Eletre S mendapat rim aloi saiz sama warna kelabu.

Eletre R pula menggunakan tayar prestasi tinggi Pirelli P-Zero CORSA dengan rim aloi tempa 10 jejari saiz 23 inci warna hitam berkilat. Pelanggan juga diberikan pilihan memilih rim dengan lima rekaan berbeza.

Rekaan Dalaman Lotus Eletre (2023)

Aspek kelestarian menjadi fokus utama pasukan rekabentuk SUV hiper elektrik ini. Antara material digunakan ialah gentian mikro premium dan tahan lasak yang 100 peratus boleh kitar semula.

Selain menjadi alternatif canggih dan mesra alam berbanding kulit, material berkenaan juga tiada bau dan tahan lebih lama daripada kulit.

Material keras pula dihasilkan daripada kemasan gentian karbon kitar semula yang dipadatkan dalam resin untuk mendapatkan efek seperti marmar premium.

Ketiga-tiga varian didatangkan dengan konfigurasi 5-kerusi dengan kapasiti but 688 liter dan 1,532 liter apabila kerusi belakang dilipat. Konfigurasi 4-kerusi boleh didapati sebagai sebahagian pilihan Executive Seat Pack.

Semua varian hadir dengan cermin pandang belakang tanpa frem auto-malap, kolum stereng boleh laras elektrik 4-tetapan dan stereng multifungsi dengan ciri pemanas standard.

Selain port USB-C di depan dan belakang, SUV ini turut dibekalkan sistem penyaman udara dengan ciri kawalan suhu automatik empat zon, kerusi depan boleh laras elektrik 12-tetapan dengan memori, ventilator penyaman udara depan belakang boleh laras elektrik, dan pautan kerusi kanak-kanak i-Size pada kerusi belakang.

Sistem infotainmen boleh diakses melalui skrin apung OLED definisi tinggi (HD) penuh saiz 15.1 inci yang dilipat apabila tidak digunakan.

Ciri Keselamatan Lotus Eletre (2023)

Lotus Eletre (2023) dilengkapi Sistem Bantuan Pemandu Termaju (Advanced Driver Assistance Systems, ADAS) komprehensif yang direka untuk masa depan, dan boleh dimuat turun secara atas talian (OTA).

Semua varian hadir dengan ciri Kawalan Jelah Adaptif (ACC), Sistem Pemantau Pemandu (DMS), Amaran Perlanggaran Belakang (RCW), Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA), Amaran Trafik Lintas Depan (FCTA), Bantuan Kekal Lorong (LKA) dengan Amaran/Elak (LDW), Pengesan Titik Buta (BSD), Maklumat Tanda Jalan (TSI), Bantuan Parkir Depan dan Belakang (FRPA), Bantuan Parkir Visual (VPA) dan Kawalan Casis Dinamik Pintar Lotus (LIDCC).

Juga dilengkapi sistem LIDAR boleh ubah suai yang pertama dunia bagi menyokong keseluruhan teknologi pemanduan autonomi dan boleh menerima pembangunan seterusnya. Teknologi ini dicapai dengan kelengkapan dan ciri disepadukan.

Keupayaan seterusnya pula boleh ditambah menerusi kemas kini perisian secara OTA apabila dibenarkan garis panduan pasaran tempatan.

BACA >>> Lotus Hasilkan Basikal Lumba Trek Pasukan UK untuk Sukan Olimpik Paris 2024
BACA >>> Semua Lapan Unit Lotus Evija Fittipaldi (2023) Sudah Habis!

01_Eletre-_Studio_INT_Centre_Console
01_Lotus_Eletre_Yellow_Studio_F34
01_Lotus_Eletre-_EXT_Studio_Silver_34Front
02_Eletre-_Studio_INT_Centre_Storage
02_Lotus_Eletre_Yellow_Studio_R34
03_Lotus_Eletre_Studio_INT_ChargeFlapHigh
03_Lotus_Eletre_Yellow_Studio_F78
03_Lotus_Eletre-_EXT_Studio_Silver_HighRear
04_Eletre-_Studio_INT_Steering_Wheel_Detail
04_Lotus_Eletre_Yellow_Studio_Profile
04_Lotus_Eletre-_EXT_Studio_Silver_Profile
05_Lotus_Eletre_EXT_Studio_Silver_High34Front
05_Lotus_Eletre_Yellow_Studio_High34R
06_Lotus_Eletre_Studio_INT_KeffSpeaker3
06_Lotus_Eletre_Yellow_Studio_INT2
07_Lotus_Eletre_Studio_INT_SeatBack
07_Lotus_Eletre_Yellow_Studio_INT1
09_Lotus_Eletre-_Studio_INT_Interior_Centre_Yellow
10_Eletre-_Studio_INT_Buck_Yellow
11_Lotus_Eletre_Studio_INT_Rear_Console
Lotus-Eletre-hero-image_5
Lotus-Eletre-hero-image_4
Lotus-Eletre-hero-image_1

Related

59
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: 2023, EV, Hyper SUV, Lotus, Lotus Eletre, Malaysia, Roda4, SUV Hiper

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
    Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev