• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda ADV160 (2023) Dapat Warna Baharu di Singapura, Harga RM26.5k!

Honda ADV160 (2023) Dapat Warna Baharu di Singapura, Harga RM26.5k!

April 12, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


WAKIL pengedar rasmi motosikal Honda di Singapura, Boon Siew Singapore (BSS) menawarkan pilihan warna eksklusif untuk skuter advencer Honda ADV160 (2023), iaitu Pearl Bosphoruse Blue (biru).

Skuter ADV160 dengan skema warna itu hanya boleh didapati di republik tersebut. Bagaimanapun, selain biru baharu, ada tiga warna lain ditawarkan, iaitu Pearl Smoky Gray (kelabu), Mat Dahlia Red Metallic (merah) dan Mat Gunpowder Black Metallic (hitam).

Honda ADV 160 (2023) Boon Siew Singapore - 0
Honda ADV 160 (2023) Boon Siew Singapore - 1
Honda ADV 160 (2023) Boon Siew Singapore - 2
Honda ADV 160 Singapura 2023 -

Ketika menghubungi BSS, wakil pengedar itu mengesahkan warna tersebut ditawarkan eksklusif untuk pasaran Singapura sahaja, dan mengesahkan sudah diperkenalkan sejak Januari tahun ini, tetapi baru saja tular di Internet.

Harga Honda ADV160 (2023) kekal sama untuk semua warna dipilih, termasuk Pearl Bosphoruse Blue, iaitu S$7,990 (RM26,520), tidak termasuk insurans dan sijil kelayakan (COE). Sebagai makluman, Honda ADV 160 yang dijual di Singapura adalah unit import (CBU) dari Thailand.

Honda ADV 160 (2023) Boon Siew Singapore - 1
Honda ADV 160 (2023) Boon Siew Singapore - 0

Menurut portal GreatBiker, warna biru eksklusif itu nampak seperti warna latar Honda ADV160 Captain America Edition yang debut di Pameran Motor Antarabangsa Bangkok (BIMS) 2023, baru-baru ini.

Berikut perincian skuter advencer itu:

Dijana enjin 4-lejang silinder tunggal 157cc OHC penyejukan cecair dan suntikan bahan api (FI) dengan transmisi automatik V-Matic yang menghasilkan kuasa 16.1hp @ 8,500rpm dan tork 15Nm @ 6,500rpm, manakala kelajuan maksimum 105kmj.

Kapasiti tangki minyak 8.1 liter dengan penggunaan bahan api  45km per liter.

Skuter ini memiliki dimensi panjang 1,950mm, lebar 760mm dan tinggi 1,195mm, manakala jarak roda 1,325mm dan jarak tinggi bumi 165mm dengan berat kasar 136kg.

Sistem lampu jenis LED penuh. Sistem suspensi pula menggunakan fork teleskopik di depan, dan dwi-absorber Showa. Bahagian roda pula dipasangkan rim 14 dengan tayar saiz 110/80 di depan, dan rim 13 inci dengan tayar 130/70 (belakang).

Sistem brek jenis cakera tunggal untuk roda depan dan belakang serta dilengkapkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) saluran tunggal pada roda depan.

Antara ciri dimiliki ialah kawalan traksi Honda Selectable Torque Control (HSTC).

BACA >>> Perodua Aruz Paling Mahal Dunia Ada di Singapura, Harga RM286k!
BACA >>> #TahukahAnda: Apa Itu Alcantara?
BACA >>> JPJ Adakan Op Bersepadu Sempena Musim Perayaan, Dari 18 - 27 April

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Boon Siew Singapore (BSS), Honda ADV160 (2023), roda2, Skuter 160cc, skuter advencer

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev