• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 3 Jam Sesak dalam Bangunan Parkir, Pengunjung Pusat Beli-Belah Nekad Tinggalkan Kereta

3 Jam Sesak dalam Bangunan Parkir, Pengunjung Pusat Beli-Belah Nekad Tinggalkan Kereta

April 12, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter


PENGUNJUNG Pusat Beli-Belah St David's di Cardiff, Britain terperangkap tiga jam di kawasan parkir bertingkat hingga ada pemandu nekad meninggalkan kereta.

Pihak pengurusan pasar rara menyalahkan lalu lintas dan pihak berkuasa tempatan (PBT) atas kesesakan tersebut dengan mendakwa lampu isyarat di luar bangunan 'sangat perlahan'. Kesesakan yang sangat teruk memaksa sesetengah pemandu meninggalkan kereta dan mengambil teksi untuk pulang.

 

@StDavidsCardiff how can you say that the roads outside are gridlocked???
I've been stuck for 2 hours so far on level 6 and still not moved.
Just been outside to get supplies and this is the current roads... pic.twitter.com/99mEgaK3bC

— HP (@HannahSianP) April 8, 2023

Malah seorang wanita hamil tujuh bulan mendakwa terperangkap di aras 6 parkir selama dua jam. Wanita itu turut berkongsi video pintu masuk ke tempat parkir yang mana jalan raya di luar langsung tidak sibuk.

Menurut laporan, kesesakan bermula sekitar jam 2.30 petang dan masih belum selesai hingga jam 4 petang sebelum benar-benar reda sekitar jam 8 malam.

Seorang pengunjung terperangkap mendakwa keretanya hanya bergerak kira-kira 30 meter dalam masa dua jam dan masih berada di aras enam.

Kesesakan baru reda tiga jam selepas kami pergi. Orang ramai membunyikan hon dan ramai meninggalkan kereta dan pergi mendapatkan makanan dan minuman untuk kembali nanti," katanya.

Pengurusan Pusat Beli-Belah St David’s mendakwa sudah menaikkan halangan untuk memudahkan laluan keluar, termasuk menghubungi PBT mengenai lampu isyarat itu.

Polis South Wales berkata, terdapat kesesakan ketara sekitar Pusat Bandar Cardiff pada masa itu, terutama sekitar parkir kereta dekat Arena Motorpoint.

Usaha sedang dijalankan untuk mengurangkan kesesakan. Pemandu kenderaan dinasihatkan memberi masa tambahan untuk perjalanan," tambah polis itu.

BACA >>> Kerajaan Johor Akan Bina Parkir Motosikal Tambahan Sebelum Masuk Singapura
BACA >>> Bersediakah Warga KL untuk Caj Kesesakan 10 Tahun Lagi?

SUMBER: Independent

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Global, Auto Terkini, cardiff, kesesakan, Lampu Isyarat, parking, parkir bertingkat, Parkir Sesak, Pusat Beli-Belah St David's, St David's

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev