• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Polis Buru Mat Rempit Superbike Buat Wheelie di LATAR

Polis Buru Mat Rempit Superbike Buat Wheelie di LATAR

April 12, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter


POLIS memburu sekumpulan mat rempit berkuasa tinggi yang berlumba haram dan melakukan aksi wheelie di Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR).

Video aksi liar 20 saat itu tular di media sosial hingga mengundang perhatian polis.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, pihaknya menerima dua rakaman video berhubung kejadian itu pada jam 12.20 tengah hari tadi.

Menurutnya, video pertama memaparkan empat penunggang motosikal dengan model dan nombor pendaftaran tidak dapat dikenal pasti.

Dua daripada mereka melakukan aksi 'wheelie' iaitu mengangkat tayar dan bersaing sesama sendiri. Aksi itu dirakam seorang lagi penunggang motosikal," katanya.

Beliau berkata, polis kini giat mengesan pemilik video asal dan semua penunggang motosikal terbabit. Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, video kedua memaparkan sebuah motosikal ditunggang laju dengan si penunggang beraksi 'wheelie'.

Ramli berkata, aksi penunggang motosikal itu disaksikan sekumpulan penunggang motosikal lain yang didapati sedang berhenti dan berkumpul di tepi jalan di kawasan Lebuhraya LATAR.

Hasil penelitian video, polis mengenal pasti salah satu nombor pendaftaran motosikal yang menyertai kumpulan terbabit ialah PNV 1414.”

Polis turut berusaha mengesan perakam video dan cuba merakam percakapannya. Selain itu, video berkenaan akan dihantar ke Unit Forensik untuk tindakan lanjut, termasuk mengesan kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

BACA >>> Polis Cekup 78 Mat Rempit Rawang, Sita 40 Motor
BACA >>> Dua Remaja Merempit Sampai Langgar Kereta Peronda Polis

SUMBER: HMetro

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Ducati, Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (Latar), mat rempit, Polis Diraja Malaysia (PDRM), superbike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my