• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kementerian: APAD Akan Kawal Selia Pendapatan Pekerja P-Hailing

Kementerian: APAD Akan Kawal Selia Pendapatan Pekerja P-Hailing

April 11, 2023 By Sharil Leave a Comment

61
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENDAPATAN penunggang perkhidmatan penghantaran barangan atau makanan menggunakan motosikal (p-hailing) akan dikawal selia Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dalam usaha menangani isu manipulasi atau penindasan pendapatan pekerja.

Ini selaras Rang Undang-Undang (RUU) Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2023 yang diluluskan dengan lebih suara bersetuju hari ini selepas dibahaskan sembilan senator di Dewan Negara, semalam.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, pindaan ke atas Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 iaitu Akta 715 bertujuan memperuntuk keputusan Kerajaan melibatkan pengawalseliaan perkhidmatan kenderaan barangan seperti penggunaan motosikal yang disediakan menerusi perniagaan pengantaraan perkhidmatan p-hailing.

Isu mengenai manipulasi pendapatan pekerja p-hailing ini memang kita ambil maklum dan ini juga menjadi perkara asas mengapa Kerajaan ambil keputusan mengawal selia industri ini,” katanya dalam ucapan penggulungan Kementerian itu di persidangan Dewan Negara di Kuala Lumpur hari ini.

Hasbi berkata, RUU Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2023 mengandungi enam fasal.

Sementara itu, persidangan Dewan Negara hari ini juga meluluskan RUU Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2023 yang bertujuan meminda Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987.

RUU itu antara lain memperuntuk kenderaan p-hailing sebagai kenderaan barangan yang tertakluk kepada lesen perniagaan pengantaraan.

Hasbi ketika menggulung RUU berkata, Kementerian Pengangkutan bersama Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) sudah merangka satu draf kurikulum atau silibus pembelajaran untuk penunggang p-hailing mendapatkan lesen vokasional.

Antara skop utama akan dimasukkan adalah memahami perbezaan risiko sebagai penghantar berbanding pengguna biasa... dan keperluan untuk lebih berhati-hati di jalan raya, memahami dan meramal bahaya di jalan raya sebagai seorang penghantar (dan) mengingati konsep asas tunggangan selamat atau ikhtisar modul asas Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ),” katanya.

Beliau berkata lagi, kursus itu boleh ditawarkan institut memandu (IM) dan syarikat penyedia perkhidmatan p-hailing, tetapi akan dipantau dan dikawal selia sepenuhnya JPJ, manakala kadar fi bagi mendapatkan lesen itu hanya diputuskan selepas punca kuasa perundangan ditetapkan.

BACA >>> Anthony Loke: Kerajaan Mahu Pertingkat Keselamatan P-Hailing
BACA >>> Menteri: Lesen Vokasional Khas untuk P-Hailing Bukan Macam GDL, Tak Perlu Puspakom

SUMBER: Bernama

Related

61
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: APAD, Foodpanda, Grab Food, Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT), MoT, P-Hailing, Rider

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev