• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lori Lenyek Myvi di MRR2, Pemandu Cuma Patah Tangan

Lori Lenyek Myvi di MRR2, Pemandu Cuma Patah Tangan

April 11, 2023 By Sharil Leave a Comment

110
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BERPANTANG maut sebelum ajal! Seorang pemandu Perodua Myvi terselamat daripada maut walaupun sebahagian kereta dipandunya remuk teruk digilis lori dalam nahas di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) tengah hari semalam (10 April).

Dalam insiden kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, mangsa dilaporkan dalam perjalanan dari arah Sungai Besi menuju Sri Petaling.

Jurucakap bomba berkata, dua jentera dari Balai Bomba Penyelamat Sungai Besi dan Bandar Tun Razak serta sebuah ambulans dikejarkan ke lokasi sebaik saja menerima maklumat.

Seramai 15 pegawai dan anggota bomba dikerahkan ke lokasi kejadian bagi membantu membawa keluar mangsa seorang lelaki yang tersepit di bahagian pemandu. Pihak bomba mengambil masa hampir 15 minit bagi membawa keluar mangsa yang tersepit sebelum dia berjaya dibawa keluar pada jam 1.15 tengah hari," katanya.

Mangsa patah tangan kiri dan dikejarkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) untuk rawatan lanjut. Insiden kemalangan itu turut tular di media sosial, dipercayai dirakam pengguna jalan raya dari kedua-dua hala MRR2.

Dalam salah satu foto tular, Myvi dipandu mangsa tersepit antara dua lori di bawah satu jejambat dekat susur masuk ke Pekan Sungai Besi.

Kemalangan turut menyebabkan kesesakan teruk selama hampir sejam akibat kemalangan tersebut.

BACA >>> Pelanggan Tempah Perodua Myvi Ubah Fikiran Pilih Beli Axia (2023)
BACA >>> Karamjit Singh Tinggalkan Proton, Pilih Perodua Myvi 2.0L Turbo, 4WD

SUMBER: BHarian

Related

110
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, digilis lori, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, kemalangan, Perodua Myvi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my