• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Thailand Perkenal Warna Sporty untuk Yamaha YZF-R15 (2023), Harga Kini Lebih Mahal

Thailand Perkenal Warna Sporty untuk Yamaha YZF-R15 (2023), Harga Kini Lebih Mahal

April 11, 2023 By Shawkath Leave a Comment

316
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


THAI Yamaha Motor Co Ltd (Yamaha Thailand) menambah satu warna baharu berserta strip sport pada fairing kepala dan atas tangki minyak untuk sportbike aras mula YZF-R15 Connected (2023).

Warna baharu itu dinamakan Aggressive Gray Gray (kelabu) yang dijual bersama dua warna sedia ada: Icon Blue (biru) dan Tech Black (hitam).

Yamaha YZF R15 Connected 2023 Thailand - 5
Yamaha YZF R15 Connected 2023 Thailand - 9

Bagaimanapun, Yamaha R15 Connected (2023) baharu itu dijual lebih mahal pada harga 118,000 baht (RM15,190), iaitu kenaikan 3,000 baht (RM390) berbanding R15 Connected (2022).

Yamaha Thailand mengekalkan semua aspek mekanikal dan spesifikasi model terdahulu pada sportbike edisi 2023 itu. Ini bermakna perubahan cuma melibatkan warna baharu sahaja.

Yamaha R15 Connected (2023) itu dijana enjin 4-lejang 4-injap silinder tunggal 155cc SOHC penyejukan cecair dengan teknologi injap variabel (VVA) dan teknologi suntikan bahan api (FI).

Kotak gear kekal manual 6-kelajuan dengan ciri klac antigelincir, tetapi ciri QuickShifter seperti model R15M tidak diberikan. Model ini juga tidak dilengkapi ciri Kawalan Traksi dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

BACA >>> Yamaha R15M (2023) India Dapat Panel Meter Baru, Lampu Signal Belok LED, Harga RM10.3k!
BACA >>> Yamaha R15 Connected (2023) Tambah Warna Baharu di Indonesia, Harga RM11.2k
BACA >>> Yamaha Thailand Lancar Khidmat Sembur Racun Guna Dron

Yamaha YZF R15 Connected 2023 Thailand - 10
Yamaha YZF R15 Connected 2023 Thailand - 9
Yamaha YZF R15 Connected 2023 Thailand - 8
Yamaha YZF R15 Connected 2023 Thailand - 7
Yamaha YZF R15 Connected 2023 Thailand - 6
Yamaha YZF R15 Connected 2023 Thailand - 5
Yamaha YZF R15 Connected 2023 Thailand - 0
Yamaha YZF R15 Connected 2023 Thailand - 1
Yamaha YZF R15 Connected 2023 Thailand - 2
Yamaha YZF R15 Connected 2023 Thailand - 3
Yamaha YZF R15 Connected 2023 Thailand - 4

Related

316
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Thai Yamaha Motor Co. Ltd., Yamaha Thailand, Yamaha YZF-R15 Connected (2023)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev