• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lori Terbabas di Lebuhraya KL-Karak, Kelindan Maut

Lori Terbabas di Lebuhraya KL-Karak, Kelindan Maut

April 11, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


SEORANG kelindan maut apabila lori dinaiki mangsa terbabas di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dekat Bukit Tinggi di Bentong, Pahang pagi tadi.

Mangsa R Sugunaran, 45, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu lori, 41, pula cedera.

Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 3.31 pagi.

Menurutnya, seorang pegawai dan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong dibantu lima anggota dari pasukan bomba sukarela (PBS) Janda Baik dengan satu jentera dikerahkan ke lokasi kejadian.

Zulfadli berkata;

Ada sebuah lori terbabas dan dua lelaki dewasa cedera serta tersepit dalam bahagian kepala lori tersebut. Pasukan bomba mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan menyelamat.

"Pemandu lori berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menerima rawatan."

Kelindan lori disahkan petugas KKM meninggal dunia dan mayat mangsa diserahkan kepada polis, manakala pemandu lori dihantar ke Hospital Bentong untuk rawatan lanjut.

BACA >>> 224 Kes Kemalangan Lebuhraya KL-Karak Sejak Januari Hingga Julai 2022
BACA >>> 450 Pengguna Leburaya KL-Karak Diselamatkan Berperingkat
BACA >>> Lori Balak Rempuh Van Bawa Pelajar Sekolah di Gua Musang, 15 Murid Cedera

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong, bomba sukarela (PBS) Janda Baik, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Lebuhraya Karak

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev