• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Hap Seng Star Bukit Tinggi - Hab Mercedes-Benz Terbesar Malaysia Ini Mampu Muat 45 Unit Kereta

Hap Seng Star Bukit Tinggi - Hab Mercedes-Benz Terbesar Malaysia Ini Mampu Muat 45 Unit Kereta

April 11, 2023 By Sharil Leave a Comment

59
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MERCEDES-Benz Malaysia dan Hap Seng Star melancarkan pusat servis atau Autohaus terbaharu di Bukit Tinggi yang menawarkan pengalaman gaya hidup mewah eksklusif kepada pelanggan di Klang.

Autohaus itu berfungsi sebagai hab automotif dengan bilik pameran dan ruang kemudahan seluas 49,543 kaki persegi yang dibina atas tanah berkeluasan 142,000 kaki persegi.

Autohaus Hap Seng Star Bukit Tinggi itu mempunyai kapasiti menampung hingga 45 unit kereta di tingkat ruang pameran dengan memperkenal fasiliti baharu seperti Star Lounge, kafe layan diri, bilik permainan kanak-kanak dan bilik mekap wanita mewah.

Autohaus itu turut menawarkan pengalaman jual beli brangan gaya hidup seperti aksesori mewah dan butik koleksi Mercedes-Benz.

Hap Seng Star Bukit Tinggi Autohaus mempunyai kapasiti perkhidmatan hingga 900 kereta sebulan, dan boleh diperluas pada masa depan.

Penyenggaraan perkhidmatan berjadual dan baik pulih major dilakukan juruteknik terlatih dan serba lengkap daripada Mercedes-Benz.

Pusat Servis itu juga bersedia memberi perkhidmatan kepada pelanggan Mercedes-EQ menerusi pengecas DC 120kW dan pengecas EV khas hingga empat kenderaan.

Perkhidmatan lain ditawarkan terdiri daripada Perkhidmatan Ekspres 2.0, pengambilan dan penghantaran, tempahan perkhidmatan turun dan pergi, penjajaran dan pengimbangan roda, diagnosis dan pembaikan elektrik, salutan cat, pewarnaan kaca dan tuntutan insurans, termasuk waranti.

Bangunan di sini juga diperakui dengan Anugerah Gangsa daripada pensijilan GreenRE, iaitu amalan inisiatif kemampanan lain seperti sistem penuaian air hujan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mercedes-Benz Malaysia, Sagree Sardien berkata;

Autohaus tercanggih baharu ini menampilkan peningkatan kapasiti untuk perkhidmatan pelanggan, dengan transformasi digital dan tumpuan tinggi pada perlindungan data, dan kemudahan tambahan untuk pengalaman jenama lancar dan mampan yang boleh ditawarkan Mercedes-Benz secara eksklusif."

Ketua Pegawai Operasi (COO) Kumpulan Hap Seng Consolidated Berhad dan Ketua Eksekutif Bahagian Automotif Hap Seng Group, Harald Behrend berkata, pengalaman pelanggan adalah sama penting dengan penawaran produk.

Justeru beliau berhasrat memanfaatkan peluang perniagaan automotif yang besar di Bukit Tinggi dan memperluas menjadi syarikat penting hab auto pada tahun mendatang.

Hap Seng Group kini mengendalikan sembilan Autohaus yang berlokasi di Kuala Lumpur, Kinrara, Balakong, Jalan Ipoh, Setia Alam, Bukit Tinggi, dan Melaka dalam Semenanjung Malaysia; dan Kuching, dan Kota Kinabalu dalam Malaysia Timur.

Hap Seng Group juga mengendali Pusat Terpakai Bertauliah Mercedes-Benz di Kinrara dan pusat Body & Paint di Shah Alam.

BACA >>> Mercedes-Benz Lancar Kad Kredit dengan Kerjasama Maybank, Pertama dalam Automotif Malaysia!
BACA >>> Mercedes-Benz GLC 300 4MATIC (2023) Serba Baharu Lancar di Malaysia, Harga RM429k!

Bukit Tinggi Autohaus-
Bukit Tinggi Autohaus-1
Bukit Tinggi Autohaus-2
Bukit Tinggi Autohaus-3
Bukit Tinggi Autohaus-4
Bukit Tinggi Autohaus-5
Bukit Tinggi Autohaus-6
Bukit Tinggi Autohaus-7
Bukit Tinggi Autohaus-8
Bukit Tinggi Autohaus-9
Bukit Tinggi Autohaus-10

Related

59
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Autohaus, Bukit Tinggi, Hap Seng Star, Hap Seng Star Bukit Tinggi, klang, Mercedes-benz

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev