• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Tuah Noraini Menang FUSO Diamond - Dapat Mercedes-Benz C200, Lawatan ke Jepun

Tuah Noraini Menang FUSO Diamond - Dapat Mercedes-Benz C200, Lawatan ke Jepun

March 12, 2017 By Abang Hirata Leave a Comment

34
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SIAPA sangka selepas dipilih secara rawak dalam kalangan pelanggan FUSO seluruh negara, Noraini Abdul Haris (gambar atas tengah ialah wakil) dipilih sebagai pemenang hadiah utama FUSO Diamond 2016 yang membawa pulang sebuah Mercedes-Benz C200, lawatan ke Jepun membabitkan kunjungan ke kilang,termasuk pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D)  Kawasaki FUSO, dan baucar servis bernilai RM6,000.

Tahun ini ialah kali ke-4 peraduan FUSO Diamond diadakan anjuran Mercedes-Benz Malaysia Commercial Vehicles (MBM CV) selaku pengedar sah trak FUSO di Malaysia dengan membabitkan cabutan mini daripada 885 penyertaan dan diakhiri cabutan pusingan akhir dengan menerima 1,478 penyertaan lagi. Cabutan dibuat pada Julai 2016.

Pelanggan kami meletakkan kepercayaan terhadap kenderaan FUSO untuk membantu menjalankan dan mengembangkan perniagaan. Peraduan FUSO Diamond adalah cara kami mengucapkan terima kasih kepada pelanggan atas kepercayaan, kesetiaan dan sokongan mereka selama ini. Bagi peraduan 2016/2017, kami menerima 2,363 penyertaan dan amat gembira dengan sambutan memberangsangkan.”

- Albert Yee, Naib Presiden MBM CV

TERKEJUT DAN GEMBIRA


Noraini yang menguruskan perniagaan logistik bersama suami mengakui terkejut, tetapi gembira dengan hadiah lumayan dimenangi selepas memutuskan membeli trak FUSO pertama pada sembilan bulan lalu.

Sebagai pelanggan baharu FUSO, kami tidak jangka terpilih sebagai pemenang hadiah utama. Perniagaan kami sekarang memang terlibat dalam pengangkutan barangan berasaskan perkhidmatan sewa. Kami memerlukan trak untuk berada dalam keadaan baik pada setiap masa. Sebab itulah kami yakin menggunakan jenama FUSO berasaskan rekod pencapaian dicapai.

"Kami memilih trak FUSO disebabkan nilai untuk wang. Kami percaya servis selepas jualan menawarkan tahap realibel tinggi. Saya rasa servis selepas jualan sangat penting untuk memaksimum masa operasi bisnes. Kami harap dapat menambah bilangan trak jika ada rezeki."

- Noraini Abdul Haris, pemenang hadiah utama Fuso Diamond 2016

Seramai 26 pemenang bertuah lain membawa pulang hadiah menarik pada majlis makan malam gala dan penyampaian hadiah FUSO Diamond itu. Pemenang hadiah pertama hingga empat menerima ganjaran lawatan ke Jepun selain berpeluang mengunjungi kilang dan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Kawasaki FUSO, termasuk menerima baucar penyenggaraan bernilai RM5,000, RM4,000, RM3,000 dan RM2,000.

Selain itu, seramai 10 pelanggan bertuah FUSO memenangi hadiah sagu hati berupa baucar servis bernilai RM2,000 setiap seorang, manakala 12 lagi pelanggan bertuah menerima baucar servis RM1,000. Penyertaan peraduan FUSO Diamond 2016/2017 terdiri daripada pemilik trak FUSO bagi kenderaan yang berdaftar antara 1 Januari hingga 31 Disember 2016.

PENUHI PASARAN KOMERSIAL SEDERHANA


MBM CV memenuhi keperluan pasaran kenderaan komersial sederhana dengan memasarkan trak FUSO tugasan ringan, sederhana dan berat. Trak tugasan-ringan FUSO (FE71PB, FE83PE, FE83PG, FE85PG, FG83PE 4X4) kebiasaannya digunakan sebagai penghantaran jarak dekat dan pengangkutan logistik antara negeri.

Trak tugasan-sederhana (FM65FJ, FM65FN) digunakan sebagai trak pemampat dan gelungsur, lori tangki dan keperluan logistik jarak jauh. Sementara itu, trak tugasan-berat FUSO (FN62FM) digunakan di tapak kuari. Walaupun menghadapi suasana pasaran mencabar, MBM CV masih mampu mencatatkan prestasi mantap dengan jualan keseluruhan 2,612 kenderaan pada tahun lalu - 2016,  terdiri  trak tugasan-ringan dan berat FUSO, termasuk trak dan van Mercedes-Benz.

Disokong rangkaian 55 pengedar dan 45 fasiliti servis FUSO, MBM CV dan rakan pengedar sentiasa komited dalam memberikan ketenangan fikiran dan kemudahan kepada pelanggan jenama itu di seluruh negara.

Related

34
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: FUSO, Fuso Diamond 2016, Mercedes-benz, Noraini Abdul Haris

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my