DALAM usaha memudah cara ekonomi gig dan membantu pemandu teksi dan e-hailing, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook mengumumkan had usia maksimum penggunaan kenderaan dalam kelas teksi dan e-hailing daripada 10 tahun kepada 15 tahun, berkuat kuasa 1 Januari 2023.
Menurut Loke, dasar kenaikan iru terpakai ke atas semua kenderaan e-hailing seluruh negara dan teksi di Semenanjung Malaysia membabitkan teksi biasa, teksi lapangan terbang dan teksi mewah.
Menerusi pelaksanaan dasar baharu had usia 15 tahun itu, beliau berharap beban ditanggung pemandu teksi dan e-hailing dapat diringankan serba sedikit, terutama golongan pemandu yang terkesan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19 pada 2020 hingga 2022.
Sekiranya tempoh had usia dikekalkan pada 10 tahun, ramai pemandu terpaksa menanggung kos besar untuk membeli kendaraan baharu dengan cara berhutang walaupun sumber pendapatan mereka masih tidak menentu," kata Loke.
Menurutnya lagi, selaras pengumuman itu, had usia melesen akan dikemas kini kepada 14 tahun bermaksud kenderaan bagi tujuan itu mesti dilesenkan sekurang-kurangnya setahun sebelum had usia 15 tahun.
Penggunaan teksi dan e-hailing tertakluk kelulusan pemeriksaan berkala untuk memastikan hanya kenderaan yang mematuhi syarat teknikal dan ciri keselamatan dilesenkan untuk operasi atas jalan raya," katanya.
BACA >>> Anthony Loke: Serap Kos Ujian Lesen Bantu Anak Muda Ceburi Ekonomi Gig
BACA >>> Anthony Loke: Kerajaan Akan Pertimbang Gojek Jika Rakyat Sedia Terima
SUMBER: SinarHarian
Leave a Reply