• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Aprilia RS 660 Trofeo (2023) Edisi Terhad Lancar di AS, Harga RM92.5k!

Aprilia RS 660 Trofeo (2023) Edisi Terhad Lancar di AS, Harga RM92.5k!

April 10, 2023 By Sharil Leave a Comment

66
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


APRILIA USA melancarkan Aprilia RS 660 Trofeo (2023) yang padat dengan pakej menarik dan berorientasi trek.

Sportbike middleweight ini hadir dengan sistem ekzos titanium penuh SC Project yang didakwa Aprilia membantu menghasilkan output kuasa setinggi 105hp.

aprilia-rs-660-trofeo-limited-edition-
aprilia-rs-660-trofeo-limited-edition-2

Model ini juga mendapat manfaat daripada casis dinaik taraf dengan posisi duduk penunggang lebih rendah. Ciri ergonomik juga boleh dilaras menerusi klamp dengan clip-on boleh laras.

Sistem suspensi dan brek juga diberi keutamaan menerusi fork depan dengan kartrij Misano daripada Andreani, dan monoshock Öhlins AP948 di belakang.

Kedua-dua komponen suspensi itu jenis boleh laras penuh. Bahagian roda menggunakan tayar Pirelli Supercorsa V3 SC1 dan diapit unit brek Brembo untuk mendapatkan kawalan penuh ketika membrek.

Sebagai jentera trek, Aprilia melengkapkan Aprilia RS 660 Trofeo (2023) dengan ciri elektronik dipertingkat seperti kawalan roda, kawalan traksi dan brek enjin. Aprilia Racing turut membangunkan fairing depan gentian kaca khas untuk kegunaan lumba.

aprilia-rs-660-trofeo-limited-edition-9
aprilia-rs-660-trofeo-limited-edition-10

Aprilia mendakwa berat kering Aprilia RS 660 Trofeo (2023) adalah sekitar 153kg, iaitu 13kg lebih ringan daripada berat kering Aprilia RS 660 Extrema, dan 16kg lebih ringan daripada berat kering model stok Aprilia RS 660.

Bagaimanapun, Aprilia RS 660 Extrema dan Aprilia RS 660 itu ialah model sah ditunggang atas jalan raya awam.

Walaupun tidak mendedahkan berapa unit Aprilia RS 660 Trofeo (2023) ditawarkan, Aprilia mendakwa ia akan dikeluarkan dalam jumlah terhad dan dijual pada harga AS$21,000 (RM92,560).

BACA >>> MotoPlex Butterworth Tawar Piaggo, Vespa, Aprilia dan Moto Guzzi Bawah Satu Bumbung
BACA >>> Aprilia Tuono 660 Factory (2023) yang Ringan, Berkuasa 100hp kini di Malaysia, Harga RM73.9k!

aprilia-rs-660-trofeo-limited-edition-
aprilia-rs-660-trofeo-limited-edition-2
aprilia-rs-660-trofeo-limited-edition-3
aprilia-rs-660-trofeo-limited-edition-4
aprilia-rs-660-trofeo-limited-edition-5
aprilia-rs-660-trofeo-limited-edition-6
aprilia-rs-660-trofeo-limited-edition-7
aprilia-rs-660-trofeo-limited-edition-8
aprilia-rs-660-trofeo-limited-edition-9
aprilia-rs-660-trofeo-limited-edition-10

SUMBER: RideApart

Related

66
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Aprilia, Aprilia Amerika Syarikat, Aprilia RS 660 Trofeo, Aprilia USA, AS, Brembo, Öhlins, roda2, trek

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev