• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Espargaro Semakin Stabil Selepas Kemalangan Teruk GP Portugal

Espargaro Semakin Stabil Selepas Kemalangan Teruk GP Portugal

April 7, 2023 By Sharil Leave a Comment

18
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KETIKA sesi latihan kedua pembuka musim Kenuaraan Dunia MotoGP 2023. Pelumba GasGas, Pol Espargaro di tempat ke-21 mendesak jentera untuk mengejar masa yang berbaki kurang 15 minit untuk memperbaiki posisi sebelum sesi kelayakan, minggu lalu.

Namun di Turn 10 Litar Antarabangsa Algarve Portugal, jentera KTM RC 16  ditunggangnya hilang cengkaman belakang dan cuba dibetulkan tetapi sudah terlambat.

Jentera itu melemparkan mantan juara Moto2 ke seksyen kerikil hingga jatuh tersungkur dan menghentam pengadang trek.

Bendera merah pun dikibarkan dan berlaku kelewatan 25 minit kerana pasukan perubatan MotoGP berusaha menstabilkan pelumba Sepanyol itu.

Akhirnya, staf perubatan menghantar Espargaro ke hospital berdekatan di Faro, Portugal dan di sana,  GasGas diberitahu bahawa pelumba itu mengalami lebam paru-paru, patah rahang dan patah tulang belakang serviks dalam kemalangan tersebut.

Selepas memberi rawatan awal, pasukan perubatan memindahkan pula Esoargaro m ke Hospital Universiti Dexeus Barcelona.

Espargaro kekal di Unit Rawatan Rapi (ICU) hingga 31 Mac 2023, dan dengan pemulihan positif ditunjukkan pelumba itu, prinsipal GasGas, Herve Poncharal berkata;

Saya ada berita sangat baik tentang Pol (Espargaro). Pagi ini dia dipindahkan ke bilik biasa, dia bangun dan mengambil beberapa langkah dan dia baik-baik saja.

Dia menghantar mesej kepada Pit (Beirer) dan kami semua saling mesej yang sangat berdedikasi dengan sepenuh hati. Dia mengatakan akan melakukan segala yang mungkin untuk berada di sini secepat mungkin.”

Bagaimanapun, doktor dan pasukan tidak dapat menetapkan garis masa untuk kepulangan Espargaro buat masa ini.

Dia mengalami patah tulang yang sangat teruk di rahangnya, dan ia menyakitkan kerana dia tidak boleh bercakap dan terpaksa makan melalui penyedut minuman, tetapi ia tidak serius, ia adalah saat yang menyakitkan, dan ia tidak akan bertahan lama," tambah Poncharal. .

Masalah utama adalah punggungnya. Bagi meyakinkan semua orang, dia akan bergerak semula, berlari, berjalan, dan akan cergas berlumba dalam MotoGP, tetapi mengambil masa untuk vertebranya (tulang belakang) pulih.

”Dia tidak boleh bergerak, dan inilah mengambil masa lama. Ini bahagian kecederaan paling teruk. Selebihnya, saya akan mengatakan ia bukan drama.”

Nampaknya Espargaro bakal terlepas majoriti atau semua perlumbaan 2023 susulan kemalangan ini.

BACA >>> RNF MotoGP Racing Team Taja Hakim, Danial untuk Piala Rookies MotoGP Red Bull 2023
BACA >>> #MotoGP2023: Pecco Kecewa Buat Silap, Akui Bezzecchi Kompetitif Musim Ini

SUMBER: Ride Apart

Related

18
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Crash, GP, MotoGP, Pol Espargaro, Portugal

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev