• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Yamaha MT-15 V2 (2023) Versi Dipertingkat Lancar di India, Harga Mula RM8.8k!

Yamaha MT-15 V2 (2023) Versi Dipertingkat Lancar di India, Harga Mula RM8.8k!

April 7, 2023 By Shawkath 1 Comment

72
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


YAMAHA Motor India mengumumkan ketibaan streetbike Yamaha MT-15 V2 (2023) yang ditawarkan pada harga bermula 164,900 rupee (RM8,870).

Model Yamaha itu akan bersaing sengit dengan KTM 125 Duke, Bajaj Pulsar NS200 dan Apache RTR 200 4V.

Yamaha MT-15 V2 (2023) didatangkan dalam dua varian dan enam warna. Berikut perinciannya:

WARNA

Pilihan warna disediakan ialah Dark Matte Blue (biru gelap), Metallic Black (hitam), Cyan Storm (hijau), Ice Fluo-vermillion, Racing Blue (biru) dan Metallic Black DLX (hitam).

SENARAI HARGA

  • Dark Matte Blue dan Metallic Black (warna baharu): 164,900 rupee (RM8,870)
  • Cyan Storm, Ice Fluo-vermillion, Racing Blue, dan Metallic Black DLX: 168,900 rupee (RM9,080)

BACA >>> Jualan Semakin Tidak Laku, Yamaha Tamatkan Streetbike SZ RR v2.0 di Pasaran India

PERINCIAN

Aspek gaya kekal sama seperti lampu projektor dengan lampu siang (DRL) kembar, tangki minyak maskular, pelana boleh laras 2-tahap, kowl enjin, ekzos sama dan rim 17 inci.

Enjin kekal silinder tunggal 155cc penyejukan cecair dengan injap variabel VVA berkuasa 18.1hp @ 10,000rpm dan tork 14.2Nm @ 7,500rpm, manakala kotak gear manual 6-kelajuan.

Ada opsyen aksesori seperti pad tangki minyak, plat skid, pengecas USB dan tuil boleh laras.

ADA PERUBAHAN MEKANIKAL

Hanya satu aspek perubahan dibuat iaitu penggunaan komponen OBD2 (On-Board Diagnostics Second Generation).

VARIAN

Dua varian disediakan, Standard dan Y-Connect. Y-Connect menawarkan konektiviti Bluetooth dengan ciri notifikasi panggilan masuk, khidmat pesanan ringkas (SMS), e-mel, paras bateri, kerosakan dan lokasi parkir akhir.

Hanya pilihan warna Metallic Black dan Dark Matte Blue tiada Y-Connect dengan lampu signal belok mentol halogen.

BACA >>> Bajaj Pulsar N160 (2022) Berwajah Baharu, Tiru Lampu Utama Yamaha MT-15?
BACA >>> Yamaha MT-15 (2022) Malaysia Kini Berwarna Baharu, Harga RM12.2k!

SUMBER: BikeWale

Related

72
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: naked bike, roda2, streetbike, Yamaha Motor India, Yamaha MT-12 V2 (2023), Yamaha MT-15 V2 (2023)

Comments

  1. Xul says

    April 16, 2023 at 10:30 PM

    Kat malaysia bila nak launch? 🥺

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
    Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
  • Video Acah Proton Saga Serba Baharu Tayang di Pelancaran Kilang EV, Apa Perlu Anda Tahu?
    Video Acah Proton Saga Serba Baharu Tayang di Pelancaran Kilang EV, Apa Perlu Anda Tahu?
  • Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
    Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev