• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Jualan Semakin Tidak Laku, Yamaha Tamatkan Streetbike SZ RR v2.0 di Pasaran India

Jualan Semakin Tidak Laku, Yamaha Tamatkan Streetbike SZ RR v2.0 di Pasaran India

July 26, 2019 By AI Leave a Comment

FacebookTwitter


YAMAHA Motor India(YMI) menghentikan jualan streetbike 150cc, SZ RR v2.0 dari pasaran India, tetapi buat masa ini masih lagi ada dalam senarai model yang ditawarkan atas talian.

Penamatan model itu menjadikan YMI kini hanya tinggal empat streetbike 150cc di pasaran: FZS-Fi, FZ-Fi, YZF-R15 V3.0 dan MT-15.

Sejak diperkenalkan, SZ RR v2.0 didatangkan sebagai streetbike asas tanpa ciri ABS yang akan menjadi spesifikasi mandatori untuk motosikal 125cc, bermula April lalu. Namun, eksport produk tersebut ke pasaran luar masih diteruskan.

BACA >>> Pasaran 15 Juta Unit Tarik Perhatian Yamaha untuk Perkenal Basikal Bermotor di India

Penamatan itu juga membolehkan YMI menumpukan kepada pasaran model premium lain yang lebih menjanjikan keuntungan jualan. Jika diperhatikan, jualan SZ RR v2.0 kurang memberangsangkan berbanding model 150cc lain.

Berikut angka jualan sepanjang enam bulan bermula Disember 2018-Mei 2019 antara SZ-RR v2.0 dan model Yamaha lain seperti YZF-R15, MT-15 dan FZ Series:

SZ RR V2.0 dijana enjin 2 injap 149cc SOHC penyejukan udara dengan sistem karburator berkuasa 12.1ps dan tork maksimum 12.8Nm dengan transmisi klac manual 5-kelajuan, manakala sistem henti menggunakan brek cakera di depan dan brek dram (belakang).

Selain SZ RR v2.0, YMI turut menamatkan perkhidmatan YZF-R15 S dan Fazer 150.

BACA >>> Hero Kekal Jenama Motosikal Paling Laris India Bulan Lalu, Yamaha Tiada dalam Ranking

GALERI
Yamaha SZ RR Versi 2.0_12
Yamaha SZ RR Versi 2.0_14
Yamaha SZ RR Versi 2.0_1
Yamaha SZ RR Versi 2.0_5
Yamaha SZ RR Versi 2.0_3

SUMBER: Indianautosblog

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 150cc, auto terkini, India, jualan, roda2, segmen 150cc, sportbike, streetbike, Yamaha, yamaha fz150, yamaha india, Yamaha Motor India (YMI), Yamaha MT-15, Yamaha SZ RR Versi 2.0, Yamaha YZF-R15

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Proton X30 Buka Tempahan, Harga Anggaran RM65k! (Jangan Percaya, Dah 2 April Daa...)
    Proton X30 Buka Tempahan, Harga Anggaran RM65k! (Jangan Percaya, Dah 2 April Daa...)
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Motosikal Susah Nak Hidup? Periksa Dulu 6 Komponen Ini!
    #TahukahAnda: Motosikal Susah Nak Hidup? Periksa Dulu 6 Komponen Ini!
  • #TahukahAnda: 4 Tanda Enjin Kereta Anda Mungkin Kena 'Overhaul'
    #TahukahAnda: 4 Tanda Enjin Kereta Anda Mungkin Kena 'Overhaul'

PANDU UJI

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my