MOTOSIKAL Harley-Davidson pertama buatan India akan diperkenal tidak lama lagi, tetapi imej motosikal jenis cruiser itu, yang masih dalam fasa ujian, sudahpun bocor atas talian!
Semua foto bocor itu mendedahkan banyak maklumat tentang rekabentuk, ciri dan komponen tersebut yang diuarkan sebagai model Harley-Davidson paling mampu milik.
Sekilas pandang, model Harley-Davidson itu memang nampak menarik dengan rupa depan ringkas dan kemas menerusi lampu utama bulat berserta lampu siang (DRL) LED melintang di tengah.
Panel meter bulat klasik dengan paparan digital memaparkan spidometer, takometer dengan rev maksimum 8,000rpm, indikator baki petrol api dan jam.
Tidak seperti Harley-Davidson tradisional yang mendapat gaya cruiser sebenar, model ini nampaknya memiliki pengaruh streetfighter.
Bagaimanapun, butiran seperti nama dan kapasiti enjin belum didedahkan. Foto juga mendedahkan nombor pendaftaran 4XX yang membayangkan model itu mungkin berkapasiti 400cc.
Dengan rev merah pada 8,000rpm, kami jangka cruiser itu mempunyai tork tinggi dan bakal dipadankan transmisi manual 6-kelajuan. Bahagian suspensi dipasangkan fork terbalik (USD) di depan dan dwi-absorber di belakang.
Komponen brek menggunakan jenama ByBre dengan cakera tunggal di depan dan belakang dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
Bahagian roda menggunakan rim aloi 17 inci dengan tayar CEAT Zoom saiz 100/90 di depan dan 140/70 di belakang.
Imej bocor tersebar turut menunjukkan rupa motosikal yang agak lengkap. Justeru pengumuman rasmi kemungkinan besar dibuat Harley-Davidson India masa terdekat.
Ini boleh menjadi tawaran terkecil Harley-Davidson untuk India, yang sudah dibangunkan dan akan dikeluarkan Hero MotoCorp. Harga ditawarkan produk ini mungkin sekitar 250,000-300,000 rupee (RM13,415 - RM16,100k)) dan akan bersaing dengan lawan seperti Royal Enfield Classic 350 dan Meteor 350.
BACA >>> Cruiser Harley-Davidson Paling Mampu Milik, X350 dan X500 Lancar 10 Mac Ini
BACA >>> Harley-Davidson X350 (2023) Hadir dengan Tiga Pilihan Warna, Harga Mula RM21.7k!
SUMBER: BikeWale
Leave a Reply