POLIS menahan seorang penghantar makanan bawah syarikat penyedia perkhidmatan p-hailing untuk membantu siasatan insiden seorang lelaki membaling bungkusan makanan dan minuman ke arah dua pekerja wanita di sebuah restoran di Nibong Tebal, Pulau Pinang, baru-baru ini.
Berdasarkan video 1 minit 20 saat tentang insiden tular itu, suspek dirakam melempar bungkusan makanan selepas tidak dipedulikan dua wanita di kaunter.
Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, DSP Mohd Norazmi Abd Ghapar berkata, polis menjalankan siasatan kes selepas mengesan video tular yang disiarkan akaun dipercayai milik restoran berkenaan, termasuk menerima laporan berhubung insiden tersebut.
Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 352 Kanun Keseksaan, iaitu menggunakan kekerasan jenayah.
Menerusi video itu, didapati terdapat dua lelaki dipercayai penghantar makanan yang datang ke restoran tersebut, dan seorang daripadanya bertindak membaling bungkusan makanan dan minuman ke arah dua pekerja wanita di kaunter," katanya dalam kenyataa, hari ini.
Mohd Norazmi berkata, suspek penghantar makanan ditahan semalam, dan kini direman untuk siasatan lanjut.
Beliau meminta orang ramai menyalurkan maklumat kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan di talian hotline 04-5858 222 atau mana-mana balai polis berdekatan.
BACA >>> Polis Cekup Suspek Penunggang Foodpanda Ragut, Jual iPhone di Petaling Jaya
BACA >>> Nak Terus vs Nak Belok: Mat EX-5 Tersembam Bangun Nak Lempang Penunggang FoodPanda
SUMBER: Bernama
Leave a Reply