POLIS Daerah Kluang menahan seorang lelaki warga Pakistan yang tular di media sosial selepas tersebar video dia beraksi wheelie ketika menunggang motosikal di KM83.5 Jalan Kota Tinggi-Kluang, semalam.
Kenyataan polis berkata, suspek berumur 22 tahun dan tinggal di Taman Majupadu, Kluang pada jam 6.45 petang, semalam (5 April), manakala kapcai jenis SYM VF3i yang ditunggang turut dirampas.
Suspek kemudian dikenakan saman atas kesalahan tiada lesen memandu, dan tiada perlindungan insurans, serta tiada Lesen Kenderaan Motor (cukai jalan) kerana sudah tamat tempoh.
Penunggang warga asing itu turut ditahan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi 5 tahun dan denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM15,000.
Polis Daerah Kluang menasihati orang ramai supaya mematuhi peraturan dan undang-undang lalu lintas ditetapkan bagi mengelakkan tindakan diambil.
BACA >>> Proton Eksport 5,028 Kenderaan, Pakistan Jadi Pasaran Luar Negara Terbesar 2022!
BACA >>> Pikachu Wheelie Yamaha 125Z Kena Cekup Polis
Leave a Reply