• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #F12023: Semua Pasukan F1 Hadapi Krisis, Kecuali Aston Martin

#F12023: Semua Pasukan F1 Hadapi Krisis, Kecuali Aston Martin

April 5, 2023 By Sharil Leave a Comment

87
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


LEGENDA Formula Satu (F1) Perancis, Alain Prost berpendapat sembilan daripada 10 pasukan F1 musim ini kini sedang berada dalam krisis, kecuali Aston Martin.

Red Bull kini sedang mendahului saingan selepas memenangi tiga perlumbaan setakat ini.  Namun, pasukan yang berpangkalan di Milton Keynes, England itu ada perkara lain yang perlu dibimbangkan.

Prost berkata;

Pelik menyaksikan musim ini, apabila kau lihat tak berjalan baik, dan pada satu sisi, ia jadi krisis. Dan krisis itu berada pada semua tahap sama ada melibatkan orang besar atau kecil."

Prost berkata, sudah pasti ada pasukan sedang mende­rita seperti McLaren yang bukan saja tidak membangun, tetapi masih dalam situasi teruk selepas beberapa tahun.

Ada pula pasukan Alpine yang cuba pulih dengan perlahan. Mercedes pula masih bertahan dengan konsep yang inovatif, tetapi jelas tidak berhasil,” katanya.

Prost turut mengkritik bekas pasukan, Ferrari yang memutuskan membawa masuk ketua baharu, iaitu seorang warga asing yang hingga kini masih gagal mendapatkan keputusan membanggakan.

Walaupun Ferrari muncul pasukan paling ba­nyak memenangi kejuaraan pemandu dan pengilang, tetapi kali terakhir pelumba pasukan itu merangkul gelaran dunia adalah pada 2007 menerusi Kimi Raikkonen.

Walaupun me­nguasai saingan F1, masih ada perkara yang perlu dirisaukan kerana saingan sedia ada hanya menumpukan kepada seorang pelumba, Max Verstappen.

Ini saingan yang me­numpukan seorang pelumba saja, (Max) Verstappen yang menunjukkan petanda awal kegagalan saingan.

"(Sergio) Perez yang kini bersama pasukan juga dapati dia berupaya untuk menang dan tidak dapat lagi menahan diri berada di belakang.

"Jika Red Bull terus mendominasi, beberapa minggu akan datang sangat getir untuk penyandang juara itu,” kata Prost.

Bagaimanapun Prost positif dengan pasukan Aston Martin yang membuat perubahan musim lalu seperti membawa masuk bekas juara dunia, Fernando Alonso.

BACA >>> Aston Martin Vantage F1 Edition (2023) Versi Coupe, Roadster Kini di Malaysia! Harga RM978k
BACA >>> Scuderia Ferrari: Stesen Shell Tawar Bahan Api 99 Peratus Sama Seperti Diisi Jentera F1

SUMBER: Mirror

Related

87
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Alain Prost, Alfa Romeo, Alpha Tauri, Alpine, F1, Ferrari, Formula 1, Formula One, Haas, McLaren, Mercedes, Red Bull, Williams

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev