• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ralit Tengok Waze, Pemandu Singapura Hentam Kereta Pemandu Malaysia di Kluang

Ralit Tengok Waze, Pemandu Singapura Hentam Kereta Pemandu Malaysia di Kluang

April 5, 2023 By Sharil Leave a Comment

78
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG wanita berkongsi detik cemas kereta jenis Toyota dipandu bapanya terbalik selepas dilanggar sebuah MINI Cooper kuning dipandu laju, dipercayai warga Singapura di Kluang, Johor pada Sabtu lalu.

Berdasarkan video 20 saat dikongsi Ainzaabar di Twitter, bapanya sedang berhenti di lampu isyarat sebelum tiba-tiba dilanggar dari arah bertentangan.

Saya kehilangan kata-kata setelah ayah beritahu rasa macam sudah mati ketika dilanggar. Selepas tengok rakaman kamera papan pemuka kereta milik ayah dan gambar kemalangan, yang terlintas di fikiran saya adalah ayah mungkin dalam keadaan yang tidak baik," tulis Ainzaabar dalam Twitter.

“Ayah rasa macam dah mati”

Taktahu nak react apa bila ayah cakap macam ni. Lepas tengok gambar dan video dashcam, memang mostly akan ingat something really bad happened to Ayah.

But Allah Maha Besar! pic.twitter.com/gVegotkL4L

— ❤️努艾妮❤️ 🇲🇾 (@ainzaabar) April 3, 2023

Ainzaabar berkata, dia tahu bapanya pemandu berhemah dengan pengalaman memandu lori, bas dan kereta sewa. Menurut bebenang Twitternya, bapanya cedera ringan dan dibawa ke hospital, manakala dia dan keluarga tampil membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan.

Menurutnya, pemandu warga Singapura itu mengaku bersalah kerana melihat aplikasi navigasi Waze hingga terbabas dan merempuh kereta bapanya.

Sekarang nak tuntut insurans pihak ketiga benda penting kena ada ialah laporan polis, keputusan kes daripada pihak polis, polisi insurans, laporan kesihatan, salinan kad pengenalan, lesen dan geran kereta. Semua ini akan mengambil masa setahun kerana melibatkan warga Singapura.

"Kereta ayah mengalami total lost dan untuk uruskan tuntutan kami telah lantik peguam yang mana yurannya adalah sebanyak 25 peratus dari tuntutan yang dipersetujui,” ujarnya.

Sehubungan itu, Ainzaabar juga meminta orang ramai supaya mendoakan keluarganya dalam menguruskan tuntutan selain dipermudahkan urusan.

BACA >>> Jangan Jual Kereta Kepada Warga Asing Tanpa Tukar Status Hak Milik
BACA >>> Polis Tahan Warga Asing Pecah Masuk Bengkel, Bawa Lari Hayabusa

SUMBER: Kosmo

Related

78
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: kemalangan, Mini Cooper, Toyota, warga singapura, Waze

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev