• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / #GIMS2017: Suzuki Swift (2017) Perkenal Enjin 3-Silinder dengan Turbo, Termasuk Varian Hibrid

#GIMS2017: Suzuki Swift (2017) Perkenal Enjin 3-Silinder dengan Turbo, Termasuk Varian Hibrid

March 9, 2017 By Han Othman 1 Comment

247
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DALAM sekian banyak model dilancarkan sepanjang Pameran Motor Antarabangsa Geneva (GIMS) 2017, mungkin inilah antara model paling realistik untuk pasaran Malaysia - Suzuki Swift serba baharu. Supermini 5-pintu itu dijangka berada di pasaran Britain pada Jun ini, manakala untuk pasaran negara ini seawal-awalnya hujung tahun nanti. Tiada maklumat tentang harga diberikan, tetapi media Britain menganggarkan ia akan dijual sekitar £9,000 (RM48,786).

Dibina berasaskan platform ringan yang turut dikongsi bersama model Baleno dengan berat kira-kira 890kg sahaja. Rupa baharu kali ini menyerlahkan imej muda dan sporty dengan desain hendal pintu belakang tersorok dan garis bumbung terapung.

TIGA VARIAN

suzuki-swift-2017-1
suzuki-swift-2017-2
suzuki-swift-2017-3

Rekabentuk gril dan bampar banyak bermain dengan elemen bulat. Ruang kabin diserikan dengan paparan LCD 4.2-inci untuk maklumat pemanduan dan ditambah pula sistem infotainment dengan skrin sentuh 7-inci yang siap dengan ciri navigasi 3D berserta sokongan perisian Android Auto dan Apple Car Play.

Didatangkan dalam enjin petrol dalam tiga varian berbeza:

  • 1.0L 3-silinder turbo BoosterJet (110hp)
  • 1.2L 4-silinder (89hp)
  • 1.0L dengan sistem hibrid ringan

MODEL 4WD SEBAGAI PILIHAN

Model pacuan empat-roda (4WD) turut ditawarkan dengan enjin 1.2L petrol, manakala model premium akan mendapat fitur keselamatan seperti kawalan jelajah adaptif (ACC), pembrekan kecemasan automatik dan sistem pendesak-brek untuk kecemasan. Varian bermula dengan SZ3 dengan enjin 1.2L petrol berserta penyaman udara, roda stereng kulit, radio DAB, cermin gelap, lampu siang (DRL) LED dan rim 15-inci.

Model SZ-T menggunakan enjin 1.0L dan ada tambahan kamera pandang belakang, skrin 7-inci, rim 16-inci dan lampu kabus depan. SZ5 pula ialah model Swift paling premium dan lengkap dengan ciri penyaman udara automatik, sistem navigasi dan penghidup enjin tanpa kunci (keyless).

Pengarah Pemasaran dan Jualan Britain, Dale Wyatt berkata, pelancaran Baleno dilihat sebagai penamat kepada barisan model Swift terdahulu, ataupun menjadi titik tolak kepada evolusi baharu Swift yang lebih emosional dan ekspresif.

SWIFT SPORT

Suzuki Swift Sport juga bakal menyusul dengan kuasa 138hp yang dijana daripada enjin 4-silinder 1.4L petrol BoosterJet berserta pengecajturbo, sama seperti digunakan Vitara S. Kuasa dihasilkan itu adalah sama dengan versi Sport sedia ada, tetapi tork dipertingkat dan berat kerb dikurangkan, sekali gus berpotensi melonjakkan prestasi kereta.

Suzuki Swift dijangka dijual di pasaran Eropah bermula Jun ini.

GALERI

suzuki-swift-2017-5
suzuki-swift-2017-11
suzuki-swift-2017-9
suzuki-swift-2017-1
suzuki-swift-2017-7
suzuki-swift-2017-8
suzuki-swift-2017-4
suzuki-swift-2017-3
suzuki-swift-2017-14
suzuki-swift-2017-12
suzuki-swift-2017-6
suzuki-swift-2017-10
suzuki-swift-2017-2
suzuki-swift-2017-13

 

SUMBER: Auto Express

Related

247
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: GIMS2017, Pameran Motor Antarabangsa Geneva (GIMS) 2017, Pameran Motor Antarabangsa Geneva 2017, Roda4, Suzuki, Suzuki Swift (2017), Suzuki Swift Sport 2017

Comments

  1. Izzu says

    October 19, 2017 at 3:44 PM

    Adakah model ini jadi masuk ke pasaran Malaysia?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?
    #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev