PHS Automotive Malaysia (PHSAM) memanggil balik 2,767 unit kenderaan Audi yang menggunakan beg udara Takata.
Notis panggil balik itu melibatkan model seperti Audi A4 Sedan, A5 Sportback, A6 Sedan, Q5 dan TT Coupe keluaran 2008 hingga 2017 yang dipasangkan beg udara Takata atau inflator gas pada beg udara bahagian pemandu, penumpang dan tirai.
PHSAM menggesa pemilik Audi terlibat supaya menghubungi Audi Centre berhampiran untuk janji temu pemeriksaan dan mendapatkan penukaran jika perlu.
Berdasarkan kemas kini terbaharu Audi, ada kemungkinan perumah inflator gas rosak jika beg udara diaktifkan. Ini menyebabkan serpihan kecil melayang dari perumah tersebut hingga berisiko mengakibatkan kecederaan serius.
Di Audi, keselamatan menjadi keutamaan kami. Ia akan terus menjadi salah satu faktor penting dalam usaha berterusan kami menambah baik aspek perkhidmatan selepas jualan.
“Kami mengenal pasti antara sebab utama pelanggan memilih Audi adalah kerana prestasi dan ciri keselamatan. Jadi, standard tinggi ini akan kami laksanakan dengan penuh bertanggungjawab,” kata Pengarah Urusan PHSAM, Erik Winter.
Winter berkata, walaupun sudah mengenal pasti jumlah kenderaan terlibat dalam kempen panggil balik itu, tetapi memang ada kemungkinan bukan semua memerlukan penggantian alat ganti.
Justeru kami ingin menggalakkan pelanggan membawa kenderaan untuk diperiksa di Pusat Servis, seterusnya memberi ketenangan minda kepada mereka,” jelas Winter.
Pemilik kenderaan berusia lima tahun dan ke atas juga layak menyertai program Audi Plus yang dilancarkan baru-baru ini dengan tawaran diskaun penyelenggaraan 10 peratus di mana-mana pusat Audi Centre.
Pelanggan juga akan menerimabaucar servis yang boleh digunakan dalam tempoh 3 tahun selepas tahun kelima servis, selain perkhidmatan Bantuan Tepi Jalan Audi secara percuma hingga 12 bulan dari tarikh penebusan baucar.
Jika tidak pasti sama ada kereta Audi anda terlibat kempen panggill balik ini atau tidak, anda dinasihatkan melayari laman web Audi Malaysia atau ghubungi Khidmat Pelanggan Audi di talian 1-800-22-2834 atau e-mel kepada [email protected]
BACA >>> Audi House of Progress Bawa Kereta Konsep grandsphere Q8 e-tron Untuk Tontonan Umum Hingga 16 April
BACA >>> Audi RS 3 Sedan Tiba di Malaysia, Harga Mula RM646.9k!
Leave a Reply