• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Jenama EV Premium, Zeekr Masuk Malaysia Bawah Proton

Jenama EV Premium, Zeekr Masuk Malaysia Bawah Proton

April 4, 2023 By Shawkath Leave a Comment

101
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JENAMA kenderaan elektrik (EV) premium, Zeekr dilaporkan bakal memasuki pasaran Malaysia sebagai sebahagian langkah Proton meneroka segmen Kenderaan Tenaga Baharu (NEV).

Zeekr ialah jenama automotif di bawah Geely Automobile Holdings yang ditubuhkan pada 2021. Menurut laporan NST, Zeekr akan diperkenalkan selepas subsidiari Proton, Pro-Net melancarkan model smart #1 pada suku keempat 2023.

Berita ketibaan Zeekr mula tersebar selepas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz membuat lawatan ke fasiliti Zeekr Intelligent Factory di Teluk Hangzhou, Ningbo, China untuk pratonton barisan model NEV bawah Geely Group.

Tengku Zafrul dibawa melawat fasiliti dan berbincang bersama Geely dan Proton mengenai NEV dan strategi Teknologi Pintar.

Ini termasuk mengadakan sesi pandu uji melibatkan rangkaian produk NEV seperti kereta berpenumpang, kenderaan utiliti sukan (SUV), trak pikap dan kenderaan komersial.

Lawatan ke Ningbo itu dibuat sehari selepas Forum Perniagaan Malaysia-China di Beijing yang dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

BACA >>> DRB-HICOM, Geely Setuju Bangunkan Hab Kenderaan Masa Depan di Tanjung Malim
BACA >>> Polestar 2 (2024) Facelift Diperkenal, Jarak Pandu Hampir 600km, Pacuan RWD!
BACA >>> Geely Holding Jual Lebih 2.3 Juta Kenderaan Sepanjang 2022, Termasuk Proton!

Related

101
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: autoterkini, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Geely Automobile Holdings, Kenderaan Tenaga Baharu (NEV), pro-net, Proton, Roda4, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my