• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pemandu Almera Tabur Paku Positif Dadah, Bukan Geng Tarik Kereta

Pemandu Almera Tabur Paku Positif Dadah, Bukan Geng Tarik Kereta

April 4, 2023 By Sharil Leave a Comment

80
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERBUATAN menabur paku di jalan raya sering dikaitkan dengan sindiket tunda atau tarik kereta.

Namun, penahanan seorang suspek lelaki kerana menabur paku di persimpangan lampu isyarat Jalan Ipoh-Lumut dekat Pusing, Ipoh minggu lalu disahkan tiada kaitan dengan aktiviti menunda kenderaan.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, suspek ialah pemandu berusia 45 tahun dan berada di bawah pengaruh dadah ketika melakukan perbuatan khianat tersebut.

Dia bukan mekanik, bukan juga bersekongkol dengan geng tarik kereta. Dia kelihatan ada psiko sedikit kerana pengaruh dadah.

Mohd Yusri berkata lagi, motif suspek hanya kerana dia di bawah pengaruh dadah, dan positif ujian urin. Kes itu selesai dengan penahanan lelaki tersebut pada Sabtu lalu selepas lima jam video insiden itu tular di media sosial.

Terdahulu, polis memaklumkan sedang mengesan pemandu Nissan Almera yang dirakam membuang paku ke luar tingkap keretanya. Video 24 saat itu dirakam pengguna lain sebelum tular di media sosial dengan mendapat kecaman netizen.

Polis juga menerima laporan pengguna jalan raya yang mendakwa tayar keretanya bocor selepas melalui jalan berkenaan.

BACA >>> #ApaNakBuat: Tanda Awal Tayar Motor Bocor Tertusuk Paku, dan Apa Perlu Dilakukan
BACA >>> #TahukahAnda: Berapa Kali Anda Boleh Tampal Tayar Tiubles Motor Jika Bocor?

SUMBER: SinarHarian

Related

80
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, batu gajah, Nissan Almera, Penarik kereta, Tabur paku

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!
    Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev