• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pemandu Saga Langgar Lari Anggota Polis di Lebuhraya Persekutuan Diburu

Pemandu Saga Langgar Lari Anggota Polis di Lebuhraya Persekutuan Diburu

April 4, 2023 By Shawkath Leave a Comment

72
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG anggota polis cedera dipercayai dilanggar lari kereta jenis Proton Saga di Lebuhraya Persekutuan dekat Mentari Court di Petaling Jaya, Selangor, semalam.

Menurut kenyataan polis, anggota dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur itu mengalami cedera kaki dan menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Cheras, Kuala Lumpur.

BACA >>> Ambulans Langgar Lari, Polis Belum Dapat Laporan
BACA >>> Polis Thailand Tangkap Polis Thailand Kes Curi Hilux dari Malaysia

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Superintendan Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid  berkata, polis menerima maklumat kemalangan melibatkan seunit motosikal dan kereta Proton Saga sekitar jam 4.19 petang.

Menurutnya;

Siasatan mendapati kereta dari arah Petaling Jaya menghala ke Kuala Lumpur bergesel dengan motosikal ditunggang anggota terbabit. Selepas kemalangan, pemandu disyaki melarikan diri."

Polis kini sedang cuba mengesan pemandu berkenaan untuk membantu siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 43(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Polis turut meminta orang ramai yang ada maklumat mengenai kemalangan itu supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor M Sivam di 017-329 0749 atau 03-7966 2222.

BACA >>> Hot Wheels Proton Saga Akan Dijual Hujung 2023
BACA >>> Proton Saga (2022) Versi Dipertingkat Lancar dalam 4 Varian, Harga Mula RM34k!

SUMBER: IPD Petaling Jaya

Related

72
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Mentari Court, Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, Polis Langgar Lari, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my