• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / KG Mobility Perkenal SUV Elektrik Torres EVX, Jarak 500km, Harga Mula RM167k

KG Mobility Perkenal SUV Elektrik Torres EVX, Jarak 500km, Harga Mula RM167k

April 3, 2023 By Sharil Leave a Comment

71
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KG Mobility (sebelum ini dikenali sebagai SsangYong) mengumumkan perinci kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik pertama yang dihasilkan massa, Torres EVX.

KG Mobility Torres EVX (2023) dilengkapi motor elektrik tunggal berkuasa 201hp dalam pacuan roda depan (FWD), bukan pacuan semua roda (AWD) seperti kebanyakan SUV elektrik hari ini.

BACA >>> Proton Previu X90 kepada Media Malaysia! Enjin MHEV, 4 Varian, Pilihan 6 dan 7-Kerusi
BACA >>> #AutoChina2018: Everus - SUV EV Pertama Honda di China Berasaskan HR-V

SUV Eb itu menggunakan bateri litium-ion berkapasiti 73.4kWh dibekalkan BYD untuk jarak perjalanan hingga 500km  mengikut ujian Prosedur Kenderaan Ringan Sedunia (WLTP) atau sekitar 420km mengikut standard Korea.

Model elektrik ini lebih berkuasa daripada versi petrol dengan enjin 1.5L TGDI berkuasa 168hp, tetapi versi petrol menawarkan opsyen AWD.

KG Mobility Torres EVX (2023) memiliki dimensi panjang 4,715mm, lebar 1,890mm dan tinggi 1,725​​mm, serta lebih besar sedikit daripada Nissan X-Trail.

Rekabentuk SUV ini berbeza daripada versi petrol. Bahagian depan direka semula dengan lampu LED tirus, gril bercahaya, dan vantilator udara berbeza.

KG Mobility Torres EVX (2023) menerima rim 20 inci, dan lampu belakang dengan paparan grafik LED unik.

Ruangan kabin menggunakan tona lembut dan aksen lapisan kayu. Kerusi dibalut material kulit tiruan, manakala papan pemuka mendapat kluster instrumen bersepadu dengan unit infotainment dalam satu skrin kembar bersaiz 12.3 inci moden.

Tuil gear diletakkan di belakang stereng yang menjadikan konsol tengah kemas dan lapang dengan disediakan banyak ruang untuk simpanan barangan peribadi.

Kapasiti but 839 liter dan juga terdapat bumbung suria panoramik sebagai pilihan.

KG Mobility Torres EVX (2023) ditawarkan dalam dua varian, E5 dan E7 yang kedua-duanya berkongsi enjin dan bateri sama, cuma berbeza ciri dan harga.

KG Mobility Torres EVX EV5 bermula harga AS$37,920 (RM167,710), manakala E7 berharga AS$39,833 (RM176,180). Status  kereta elektrik membolehkan SUV ini mendapat pengurangan harga AS$22,978 (RM101,630), menghampiri varian petrol AS$20,609 (RM91,150).

KG Mobility merancang melancarkan Torres EVX (2023) di pasaran Eropah pada penggal kedua tahun ini, disusuli Australia.

Selain model ini, KG Mobility merancang melancarkan banyak kenderaan elektrik (EV) lain seperti trak pikap O100, SUV saiz sederhana KR10 dan f100 high-rise concept versi komersial.

BACA >>> Ssangyong Failkan Muflis, Mahindra Tarik Diri Jadi Pelabur, Mahu Jual Saham
BACA >>> Bukan SUV, Tapi Kompak dan Sedan Elektrik BYD Tiba-Tiba Muncul, Lancar 2023!

SUMBER: ZingNews

Related

71
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: elektrik, EV, kereta elektrik, KG mobility, KG Mobility Torres EVX (2023), Roda4, SsangYong, SUV, SUV EV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev