• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / #GIMS2017: Toyota Yaris GRMN (2018), Hot-Hatch Bukan Turbo, Tapi Supercharged 205hp!

#GIMS2017: Toyota Yaris GRMN (2018), Hot-Hatch Bukan Turbo, Tapi Supercharged 205hp!

March 8, 2017 By Azhan O 3 Comments

340
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TIDAK mahu ketinggalan dalam memeriahkan lagi pasaran hot-hatch, Toyota Yaris GRMN turut melakukan debut di Pameran Motor Antarabangsa Geneva (GIMS) 2017. GRMN ialah singkatan kepada Gazoo Racing Masters of Nürburgring yang merujuk kepada divisi permotoran Toyota.

Lupakan dahulu betapa tergeliat lidah mahu menyebutnya, tetapi model kompak ini dipekkan dengan kuasa pengecajlampau atau supercharged. Ya supercharged!

Ketika pengeluar lain sibuk melancarkan model-model turbo, Toyota dengan tenang memperkenalkan kereta prestasi pendesak-induksi (forced-induction) yang semestinya memiliki kelompok peminat tersendiri. Dipadukan bersama enjin 4-silinder sebaris 1.8L, Yaris GRMN dengan mudah mampu menghamburkan kuasa setinggi 205hp, lebih berkuasa daripada Ford Fiesta ST yang juga baru dilancarkan sempena GIMS 2017.

BACA >>> #GIMS2017: Ford Fiesta ST (2017) dengan Enjin 3-Silinder Akhirnya Tunjuk Muka

TERPANTAS DALAM KELAS?

Setakat ini tiada spesifikasi lengkap didedahkan, tetapi desas-desus mengatakan Yaris GRMN bakal memegang rekod masa terpantas dalam kelas bagi catatan 0-100kmj dan pecutan 80 - 120kmj dalam gear empat. Ini bermakna pecutan 0-100kmj mampu dicapai di bawah 6 saat!

Kuasa 1.8L supercharged dipadukan bersama sistem pacuan roda-depan (FWD) dengan kotak gear manual 6-kelajuan dan diferensial gelincir-terhad (LSD) Torsen. Berat kereta ditampung dan dijaga peredam Sachs dengan bar anti-oleng tipis, manakala sistem brek menggunakan kaliper 4-pot di depan.

Rupa luaran dicantikkan dengan set rim BBS 17-inci, bampar depan dan belakang baharu berserta spoiler belakang besar. Ruang kabin diberikan penampilan agresif dengan kerusi sporty, pedal aluminium dan roda stereng mengambil ilham rekabentuk GT86.

Bagaimanapun, hot-hatch ini hanya akan berada di pasaran pada awal tahun hadapan - 2018 dan debut di Geneva semestinya sekadar mahu membakar perasaan peminat-peminat Toyota dan pencinta mesin supercharged.

GALERI

toyota-yaris-grmn-geneva-3
toyota-yaris-grmn-geneva-4
toyota-yaris-grmn-geneva-2
toyota-yaris-grmn-geneva-1

SUMBER: Car Throttle

Related

340
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Gazoo Racing Masters of Nürburgring, hot-hatch, Pameran Motor Antarabangsa Geneva (GIMS) 2017, Pameran Motor Antarabangsa Geneva 2017, pengecajlampau, supercharged, Toyota, Toyota Yaris GRMN

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev