• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Benelli Tornado 402 (2023) dengan Swingarm Sebelah dan Enjin Baharu, Harga RM20.4k!

Benelli Tornado 402 (2023) dengan Swingarm Sebelah dan Enjin Baharu, Harga RM20.4k!

April 3, 2023 By Sharil Leave a Comment

135
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGHUJUNG Mac lalu, Benelli Tornado 402 (2023) ditayangkan di China buat kali pertama dengan swingarm sebelah dan beberapa ciri menarik.

Nama Tornado secara tradisi dikhaskan untuk model sporty Benelli. Justeru Benelli Tornado 402 (2023) baharu tampil sebagai model fairing penuh dengan bar hendal clip-on.

BACA >>> Benelli TRK 702, 702 X (2023) Lancar di EICMA 2022 dengan Kamera Atas Paruh Fairing
BACA >>> Motosikal Benelli Paling Popular di Itali, Catat Jualan Lebih 8k Unit

Disebabkan Benelli tidak pernah menggunakan enjin kembar 400cc, pengeluar itu tidak mengambil trenkuasa sedia ada daripada Qianjiang atau QJ Motor. Sebaliknya Benelli Tornado 402 (2023) dipasangkan enjin baharu berkuasa 48hp (35kW) @ 10,000rpm.

Antara ciri mengagumkan model ini ialah swingarm sebelah aluminium dengan palang tambahan di bawah.

Suspensi menggunakan fork terbalik (USD) tidak boleh laras di depan, manakala monoshock boleh laras buatan Marzocchi di belakang.

Sistem brek buatan Nissin dengan cakera kembar 300mm di depan dan cakera tunggal 250mm di belakang serta dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci(ABS) dan Sistem Kawalan Traksi (TCS). Kapasiti tangki minyak penuh 14.8 liter, manakala berat basah 172kg.

Posisi pelana agak rendah, 785mm yang lebih mesra kepada penunggang baharu.

Lampu LED dan panel meter berwarna saiz besar memaparkan mod tunggang, indikator gear, tekanan angin tayar, dan konektiviti telefon pintar seperti navigasi. Tidak ketinggalan port USB dengan penutup kalis air bawah paparan tersebut.

Juga disediakan kamera pemuka (dashcam) depan yang disepadukan bawah visor angin dan atas lampu utama LED. Kamera ini berfungsi merakam situasi trafik yang  boleh dilihat menerusi aplikasi telefon pintar.

Benelli Tornado 402 (2023) mula dijual di China menjelang musim bunga ini pada harga 31,800 yuan (RM20,410).

BACA >>> Benelli Panarea 125 (2022) Terjah Pasaran Malaysia, Harga RM6.8k Sahaja!
BACA >>> Supermoped Benelli RCX 185i ABS (2023) Bakal Lancar di Greece, Sepantas 120kmj!

SUMBER: Motorrad

Related

135
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Benelli Tornado 402, Benelli Tornado 402 (2023), China, Itali, roda2, sportbike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my