• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / JPJ Saman Pemandu Bas Guna Telefon Bimbit Ketika Bawa Penumpang

JPJ Saman Pemandu Bas Guna Telefon Bimbit Ketika Bawa Penumpang

April 3, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter

SEORANG pemandu bas telah disaman oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) setelah menggunakan telefon bimbit ketika memandu dari Pulau Pinang ke Ipoh baru-baru ini.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim dalam kenyataan berkata tindakan memandu sambil menggunakan telefon bimbit merupakan kesalahan serius dan berbahaya kepada semua.

Tindakan itu dikenakan setelah tular video berdurasi 20 saat di TikTok menunjukkan pemandu itu leka bermain telefon ketika membawa penumpang menggunakan bas milik syarikat yang beroperasi di Butterworth, Pulau Pinang.

Video tersebut mengundang kecaman ramai kerana sikap pemandu itu langsung tidak menghiraukan keselamatan penumpang dan pengguna jalan raya lain.

Tambah Zailani, pemandu bas itu juga didapati mempunyai 13 saman kesalahan jalan raya lampau dan tindakan penggantungan lesen boleh diambil.

Beliau menyeru orang awam agar menjadi mata dan telinga JPJ serta menyalurkan sebarang aduan berhubung kesalahan jalan raya dengan menggunakan aplikasi MyJPJ menerusi e-Aduan@jpj atau [email protected].

BACA >>> Memandu Sambil Guna Telefon Bimbit Lebih Bahaya daripada Pemandu Mabuk?
BACA >>> Terminal Bas KB Sentral Dijangka Siap 2026

SUMBER: Bernama

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Butterworth, Ipoh, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), pemandu bas, Pulau Pinang

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev