• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / MOT Sedang Bangunkan Aplikasi Lupus Kenderaan Lama, Tak Perlu Hadir ke JPJ

MOT Sedang Bangunkan Aplikasi Lupus Kenderaan Lama, Tak Perlu Hadir ke JPJ

March 29, 2023 By Shawkath Leave a Comment

97
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KEMENTERIAN Pengangkutan (MOT) sedang membangunkan sistem aplikasi atau kaedah digital lain untuk pembatalan pendaftaran kenderaan motor secara atas talian.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, sistem tersebut bertujuan memudahkan mana-mana individu yang berhasrat melupuskan kenderaan buruk atau sudah rosak dengan membuat pembatalan pendaftaran kenderaan tanpa perlu hadir ke kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

BACA >>> Lagi Cadangan Lupus Kereta Lama untuk Atasi Trafik Sesak di KL
BACA >>> #SembangDeras: Sentimen Rakyat Malaysia Tentang Kereta Macam Orang Amerika dan Pistol

Beliau berkata;

Kenderaan buruk tersebut seterusnya akan boleh dilupuskan syarikat pelupusan sisa pepejal (Fasiliti Rawatan Automotif Rasmi - AATF) yang diiktiraf mengikut peraturan ditetapkan agensi berkaitan.

“Dengan pelaksanaan ini, diharap ia akan dapat menyelesaikan lambakan kenderaan buruk dan usang di Malaysia.”

Hasbi berkata demikian di Dewan Rakyat ketika menjawab soalan Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) yang meminta beliau menyatakan usaha Kerajaan dalam menguruskan pelupusan kenderaan buruk dan kenderaan akhir hayat (ELV) di samping menjaga kelestarian alam sekitar.

Hasbi menjelaskan perkara yang melibatkan pelupusan kenderaan dan kelestarian alam sekitar bukan hanya terletak bawah tanggungjawab Kementerian, tetapi turut melibatkan Kementerian lain seperti:

  • Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC).
  • Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).
  • Agensi-agensi Kerajaan lain.

Hasbi berkata lagi;

Kerajaan amat memberi perhatian kepada isu lambakan kenderaan motor yang tidak lagi sesuai digunakan atas jalan raya sama ada dari aspek road-worthiness (layak dipandu) atau keselamatan penggunaannya serta dari aspek pencemaran kepada alam sekitar.

"Dalam hal ini, Kementerian melalui JPJ sedia bekerjasama dengan agensi Kerajaan terlibat untuk mengkaji hala tuju jangka masa panjang mengenai perkara ini termasuk mengkaji konsep pelupusan kenderaan usang.

"Pelaksanaan sistem pelupusan ini berupaya menyumbang kepada peningkatan tahap keselamatan jalan raya, mengurangkan pencemaran daripada kenderaan lama dan berusia serta merancakkan permintaan kenderaan yang akan menyumbang kepada kelestarian sektor automotif negara."

BACA >>> Menteri: JPJ, Majlis Bandaraya Akan Diberikan Kuasa Lupus Kereta Terbiar Lama
BACA >>> Thailand Bakal Lupus Kenderaan Berusia Lebih 20 Tahun

Related

97
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Hasbi Habibollah, Jabatan Pengangkutan Jalan, Kementerian Pengangkutan (MOT), Lupus kereta lama, Mohd. Sany Hamzan, roda2, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev