• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kakitangan MOSTI Maut Kemalangan, Polis Cari Penunggang Honda Biru

Kakitangan MOSTI Maut Kemalangan, Polis Cari Penunggang Honda Biru

March 28, 2023 By Shawkath Leave a Comment

668
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

POLIS kini mencari penunggang kapcai Honda berwarna biru dengan nombor pendaftaran WC7152R untuk tampil membantu siasatan kes kemalangan yang meragut nyawa seorang kakitangan Kerajaan.

Menurut maklumat dikongsikan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang. Mangsa ialah penunggang lelaki, dikenali dengan nama Shahril Mohd Sumadi, 46, dan bekerja di Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Putrajaya.

BACA >>> Polis: Tengok Cermin Sisi, Cermin Pandang Belakang Dulu Sebelum Tukar Lorong
BACA >>> 'Pikachu' Wheelie Yamaha 125Z Kena Cekup Polis

Mangsa maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah motosikal di KM1.9 Lebuhraya SKVE dekat IOI Mall Putrajaya pada kira-kira jam 4.30 petang. Mangsa maut ditempat kejadian dipercayai akibat kecederaan dalaman.

Menurut polis, siasatan awal mendapati mangsa dari Putrajaya menghala ke Kajang untuk ke pulang ke rumah. Tiba di tempat kejadian mangsa dipercayai bergesel dengan sebuah motosikal dengan nombor pendaftaran WC7152R jenis Honda warna biru.

Bagaimanapun, suspek penunggang meninggalkan tempat kejadian selepas kemalangan berlaku. Mangsa pula disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat.

Siasatan punca kemalangan masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Saksi utama iaitu penunggang motosikal WC7152R jenis Honda warna biru diminta hadir ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan polis bagi membantu siasatan.

Saksi bebas yang melihat kemalangan tersebut diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Noor Faizah di talian 013-802 4605 untuk menyalurkan maklumat.

BACA >>> #ApaNakBuat: Berhenti Lampu Isyarat Merah, Kekal Gear D atau Tukar N?
BACA >>> #ApaNakBuat: Jangan Panik Jika Terotel Motor Sangkut Tiba-Tiba, Ikut Saja Tip Ini...
BACA >>> #ApaNakBuat: Tip Cegah Kereta Terbakar yang Perlu Anda Tahu

Related

668
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Polis Sepang

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev