• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Dua Remaja Merempit Sampai Langgar Kereta Peronda Polis

Dua Remaja Merempit Sampai Langgar Kereta Peronda Polis

March 28, 2023 By Shawkath Leave a Comment

60
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DUA remaja lelaki berumur 14 tahun cedera selepas motosikal masing-masing terlanggar sebuah kereta peronda (MPV) polis di Persimpangan Lembah Hijau, Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, insiden itu berlaku jam 10.10 malam ketika kereta peronda polis dalam perjalanan ke Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR) dari Bandar Tasik Puteri.

BACA >>> Pelajar Langgar Polis Trafik Kena Jel 3 Bulan, Denda RM5k dan Gantung Lesen 3 Tahun!
BACA >>> Mat Motor Langgar Lampu Merah Depan Polis, Awek Kapcai Gelak Tutup Mulut

Zainal berkata;

Setibanya di simpang empat lampu isyarat, MPV meneruskan perjalanan dan tiba-tiba datang sebuah motosikal dari arah kiri Jalan Persiaran 3 lalu melanggar bahagian kiri kenderaan polis terbabit. Pelanggaran menyebabkan penunggang dan pembonceng tercampak dan jatuh atas jalan raya."

Menurutnya, dua mangsa cedera itu dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut, manakala anggota dalam kereta peronda tidak mengalami kecederaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan juga dibuat untuk mengenal pasti punca kejadian.

Zainal turut meminta orang ramai yang melihat atau ada maklumat mengenai insiden itu untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Norazlan Noorudin di talian 019-797 4466 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di 03-6126 2222.

BACA >>> #ApaNakBuat: Kenapa Stereng Kereta Saya Gegar?
BACA >>> 5 Kawan Rempit Kena Jel Sehari, Denda RM5k Tunggang Motor Berbahaya di KESAS

SUMBER: HMetro

Related

60
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Bandar Tasik Puteri, Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (Latar), Polis Diraja Malaysia (PDRM), remaja langgar peronda polis, Zainal Mohamed Mohamed

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my