MODENAS melakukan beberapa pembaharuan untuk dua varian Kriss untuk memastikan motosikal berstatus ikon rakyat itu kekal relevan di pasaran tempatan.
Dua varian itu ialah Kriss 110 dan Kriss 110 Disc Brake edisi 2023. Modenas melakukan beberapa perubahan, iaitu mengenakan lampu depan dan meter baharu serta soket pengecas USB untuk Kriss 110 versi brek dram. Kedua-dua varian menerima skema warna dan liveri baharu.
BACA >>> Dapat Kepakaran Kawasaki, Supermoped Modenas Baharu Tiga Tahun Lagi?
HARGA
- Modenas Kriss 110 - RM3,917
- Modenas Kriss Disc Brake 110 - RM4,437
* Harga tidak termasuk insurans dan cukai jalan
BACA >>> Modenas Kriss Tukar Status Jadi Euro4, Tahun Depan!
WARNA
- Kriss 110: Biru, Hitam dan Kuning
- Kriss 110 Disc Brake: Biru, Hitam dan Merah
BACA >>> MForce Bakal Lancar Supermoped 150cc Akhir Tahun Ini!
PERINCIAN
Modenas Kriss 110 (2023) dijana enjin patuh Euro3 4-lejang silinder tunggal 108cc SOHC penyejukan udara dengan sistem karburetor yang menawarkan kuasa 6.57hp @ 8,000rpm dan tork 6.7Nm @ 6,000rpm.
Kotak gear klac automatik 4-kelajuan dan diserta sistem penghidup butang pemula dan penendang kaki. Lampu depan dan lampu belakang jenis mentol halogen, manakala lampu signal belok jenis LED.
Kapasiti tangki minyak 4.2 liter, manakala ruang simpanan bawah pelana 6.6 liter. Bahagian roda dipasangkan rim aloi 17 inci dengan tayar tiubles 70/90 di depan, dan 80/90 di belakang. Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik konvensional di depan, dan dwi-absorber (belakang).
Modenas Kriss 110 menggunakan sistem brek dram, manakala Modenas Kriss 110 Disc Brake menggunakan kombinasi brek cakera di depan dan brek dram di belakang.
Modenas Kriss 110 memiliki dimensi panjang 1,868mm, lebar 685mm, dan tinggi 1,185mm, dengan jarak roda 1,235mm dan berat 97kg.
Modenas Kriss 110 Disc Brake pula memiliki panjang 1,900mm, lebar 830mm, dan tinggi 1,185mm, manakala jarak roda 1,240mm dan berat 97kg.
BACA >>> 25 Tahun Modenas, Ini Tiga Model Terbaik dan Di Manakah Ahmad?
BACA >>> Skuter Modenas Elegan 250 EX (2023) Masuk Pasaran, Harga RM16.9k!
BACA >>> Modenas, Allianz Partners Jalin Kerjasama Tawar Pakej Lanjutan Waranti Motosikal
azhar says
mudguard tidak cantik,boleh buat cantik-cantik tak?
supaya nampak lebih menarik.
bahagian body dah ok.
tapi mudguard seperti scrambler