• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Xiang Shuai XS650N (2023), Cruiser Klon Harley-Davidson Sportster Iron 883 dari China!

Xiang Shuai XS650N (2023), Cruiser Klon Harley-Davidson Sportster Iron 883 dari China!

March 28, 2023 By Sharil Leave a Comment

62
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


APABILA bercakap mengenai motosikal cruiser, ada beberapa model mempunyai warisan mendalam seperti Harley-Davidson Sportster.

Dengan warisan dan kejayaan dicapai, ramai pengeluar lain ingin meniru Harley-Davidson dengan harapan dapat meraih kejayaan sama. Justeru sudah menjadi amalan biasa apabila produk motosikal terkenal dari Eropah, Amerika Syarikat (AS) dan Jepun ditiru pengeluar dari China.

BACA >>> Harley-Davidson X350 (2023) Hadir dengan Tiga Pilihan Warna, Harga Mula RM21.7k!
BACA >>> Motosikal Elektrik Indonesia, Baran Anubis CruiserCross Buka Pratempahan Tempatan

Terbaharu, giliran Harley-Davidson Sportster Iron 883 (foto atas kiri) pula diciplak.

Klon itu datang dari pengeluar dari China, Xiang Shuai yang hanya menjalankan perniagaan di China. Model dinamakan XS650N itu memang nampak sangat mirip seperti produk Harley-Davidson.

Segalanya nampak sama seperti tangki bahan api air mata (teardrop), lampu utama bulat, fender dan rekaam pelana Iron 883. Malah, syarikat China itu turut menyalin rekabentuk rim aloi, getah batang fork, penghalaan ekzos, dan juga bekas alternator.

Bagaimanapun ada beberapa perbezaan antara produk Xiang Shuai dan Harley, iaitu harga XS650N adalah lebih berpatutan di pasaran. Model klon itu juga menggunakan meter digital yang lebih murah dihasilkan dalam kuantiti banyak berbanding meter analog yang lebih bergaya.

Satu-satunya perbezaan sebenar antara dua model itu ialah XS650N hanya mempunyai tali/takal sebelah kiri, manakala Iron 883 ada kedua-dua cakera dan tali/takal sebelah kiri.

XS650N menggunakan enjin V-Twin 650cc yang menghasilkan kuasa 53hp, iaitu 2hp lebih berkuasa daripada model Harley-Davidson.

Ciri asas lain adalah seperti rim aloi, fork teleskopik, brek cakera di depan dan belakang, dan dwi-absorber yang hampir mirip produk Harley-Davidson.

Secara keseluruhan, XS650N tidaklah begitu teruk. Malah berpotensi menjadi cruiser kapasiti sederhana yang ada kebolehan tersendiri. Bagaimanapun, motosikal klon itu mungkin kekal teguh di China sahaja dan tidak akan dieksport ke pasaran luar negara.

BACA >>> Wuling Serpol No 1 (2023), Cruiser Klon Honda Rebel dengan Fairing
BACA >>> Cangyun XS500 - Cruiser Klon Honda Rebel 500 dari China, Harga RM40k!

SUMBER: Ride Apart

Related

62
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: China, copy, cruiser, Harley-Davidson, Klon, roda2, Xiang Shuai, Xiang Shuai XS650N, Xiang Shuai XS650N (2023)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my