• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Espargaro: "Patut Haramkan Je Marquez Satu Race"

Espargaro: "Patut Haramkan Je Marquez Satu Race"

March 27, 2023 By Shawkath Leave a Comment

111
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

PELUMBA sensasi, Marc Marquez mematikan kemaraan pelumba RNF Aprilia, Miguel Oliveira pada lap ketiga di pusingan ketiga Kejuaraan Dunia MotoGP 2023 yang berlangsung di Litar Antarabangsa Algarve, Portugal, semalam.

Khabarnya, pelumba Honda itu silap membuat percaturan membrek dan bergesel dengan jentera Pramac yang ditunggang Jorge Martin sebelum merempuh Oliveira.

BACA >>> Quartararo Ramal Saingan Satu Lawan Satu dengan Pecco di GP Perancis

Insiden itu menyebabkan Marquez dan Oliveira tersingkir dan gagal mengutip sebarang mata. Pelumba RNF Aprilia itu mengalami kecederaan kanan badan, manakala tangan Marquez turut cedera.

Marquez kemudian dikenakan penalti lap tempoh panjang berganda untuk aksi minggu depan di GP Argentina 2023. Bagaimanapun, Aleix Espargaro berpendapat hukuman dikenakan itu ‘agak lembik’.

Beliau berkata;

Kalau akulah, diorang patut haramkan satu race untuk dia (Marquez). Itu (hukuman) paling minimum. Seperti yang mereka (patut kenakan) pada (Takaaki) Nakagami di Barcelona (tahun lalu).”

“Kalau tanya aku, ini memang mengarut. Aku haraplah kan, tapi aku tak peduli pun. Bukan aku buat peraturan.

“Cuma aku harap Miguel dalam keadaan baik sebab kelajuan dia rempuh Miguel boleh menghancurkan lututnya. Aku tau sebab Bradley Smith pernah langgar aku di Barcelona (beberapa tahun lalu) dan dia pecahkan lutut aku. Aku tanggung kesakitan selama setahun kot.”

Rasa bengang Espargaro ada logiknya kalau dilihat apa yang berlaku sepanjang arah tuju saingan GP Portugal hujung minggu lalu dan beberapa insiden di trek.

Antaranya, Fabio Quartararo dikenakan hukuman penalti lap panjang (untuk GP Portugal) kerana bertembung dengan Joan Mir pada saingan Sprint.

Bagaimanapun, Espargaro merasakan Alex Marquez tidak menerima hukuman sama ketika berlaku kontak dengan Maverick Vinales pada aksi Sprint. Espargaro berkata;

Ini satu benda aku tak paham. Kita ada 'satu juta' kamera atas motor. Aku selalu bagitau Dorna, aku tak mau lagi (kamera) sebab berat walaupun ada tiga atau empat kamera kat motor aku.

“Apasal mereka tak nak tengok kamera (rakaman) dan buat analisis. Bukan susah pun.

“Bukan ada 100 rider tapi cuma 20 orang je pun. Aku rasa tindakan antara Mir dan Fabio, termasuk Alex Marquez dan Maverick adalah sama tapi Joan terbabas dan Alex sebaliknya.

“Tapi Maverick semalam hilang lima tempat, lapan tempat.

“Apahal Joan dikenakan penalti tapi Alex tidak? Aku bukan cakap Joan patut dikenakan penalti tetapi kalau korang jatuhkan penalti ke atas Joan, mereka juga perlu berikan (penalti) kepada Alex.

BACA >>> Petronas Taja Pasukan TVS Racing untuk Sertai Kejuaraan Lumba Motosikal Seluruh India

SIKAP AGRESIF DI TREK

Espargaro mengakui tahap agresif di trek minggu lalu menyebabkan beberapa pelumba cedera dan perkara itu perlu dihentikan. Menurutnya:

Jujur cakaplah, ini baru race pertama dan banyak rider masuk hospital. Kita tak boleh teruskan cara macam ni. Tapi ini bukan sebab hala tuju perlumbaan atau pasukan.

"Ini tentang riders. Kalau lap terakhir, kamu boleh jadi agresif dan sentuh rider lain, itu ok. Tapi, tengoklah sajalah (semalam). Perlumbaan pertama pun ada empat rider masuk hospital.”

SUMBER: AutoSport

Related

111
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Aleix Espargaro (Aprilia Racing), autoterkini, Fabio Quartararo, Marc Marquez, Miguel Oliveira, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • JBPM Rekod 27 Kes Kebakaran Kenderaan EV dan Hibrid Sejak 2023
    JBPM Rekod 27 Kes Kebakaran Kenderaan EV dan Hibrid Sejak 2023
  • Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
    Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev