• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ethiopian Airlines Sambung Laluan Addis Ababa-KL, 4 Penerbangan Seminggu

Ethiopian Airlines Sambung Laluan Addis Ababa-KL, 4 Penerbangan Seminggu

March 27, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter

Ethiopian Airlines (ET) menyambung semula penerbangannya untuk laluan Kuala Lumpur-Addis Ababa bermula 26 Mac 2023 dengan menyediakan empat penerbangan seminggu selepas menghentikan operasinya pada 2021 akibat pandemik COVID-19.

Pengarah Urusan Ethiopian International Services (EIS), Mesfin Biru berkata ET teruja untuk menyambung semula penerbangannya ke Kuala Lumpur selepas dua tahun menggantungkan operasinya ke negara ini. EIS ialah salah satu daripada tujuh pusat perniagaan untuk Ethiopian Airlines.

Mesfin berkata ET memulakan penerbangan antara Addis Ababa dan Kuala Lumpur dengan menyediakan perkhidmatan tiga kali seminggu pada tahun 2012, bagaimanapun penerbangan itu dihentikan pada 2021 berikutan sekatan perjalanan akibat pandemik.

Tambahnya, penyambungan semula penerbangan itu membuka semula pilihan perjalanan yang mudah dan lancar antara Kuala Lumpur dan lebih 60 destinasi di Afrika. Kuala Lumpur adalah destinasi pilihan untuk pengembara perniagaan dan percutian.

Penerbangan ini juga merupakan salah satu saluran yang mengeratkan hubungan diplomatik dan sosioekonomi antara Malaysia dan Afrika, justeru penyambungan semula perkhidmatan ini memainkan peranan penting dalam hubungan antara kedua-dua negara,” katanya kepada pemberita pada majlis menyambut ketibaan penumpang sempena penyambungan semula penerbangan Ethiopian Airlines ke Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini hari ini.

Pesawat B787 ET dari Addis Ababa yang membawa 190 penumpang itu disambut dengan tabik hormat meriam air ketika mendarat di Terminal 1 KLIA pada pukul 5 petang.

Mesfin berkata ET yakin dengan potensi yang semakin meningkat antara negara-negara di Afrika dan Malaysia daripada segi pelancongan, perdagangan, aktiviti ekonomi serta pertukaran sosial dan budaya.

Malaysia telah menjadi sebuah ekonomi yang hebat dan Afrika mahu menjalinkan hubungan dengan Malaysia dalam aktiviti perdagangan, ekonomi, sosial dan pelancongan. Terdapat potensi yang semakin meningkat memandangkan kumpulan berpendapatan sederhana sedang berkembang pesat di Afrika,” katanya.

BACA >>> Menteri Kata ERL KLIA Ekspress Paling Pantas dan Selamat, Tapi Netizen Minta Turun Harga
BACA >>> Lapangan Terbang Subang Bakal Jadi Hab Aeroangkasa Serantau, Premium 

SUMBER: Bernama

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Addis Ababa, Afrika, Bernama, Ethiopian airlines, Kapal Terbang, KLIA, Kuala Lumpur

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev