• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Gagal Bayar Cukai Taksiran, Peralatan Bengkel Disita, Mungkin Dilelong

Gagal Bayar Cukai Taksiran, Peralatan Bengkel Disita, Mungkin Dilelong

March 27, 2023 By Sharil Leave a Comment

91
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

SEORANG pemilik bengkel motosikal di pusat komersial Ampang Waterfront berdepan risiko hartanya dilelong setelah gagal membayar cukai taksiran melebihi dua penggal.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Mohd Fauzi Mohd Yatim berkata, MPAJ menerusi jabatan hasil pada Jumaat lalu mengadakan operasi tunggakan cukai taksiran di kedai berkenaan.

Menurut Fauzi, pemilik tersebut didapati gagal menjelaskan tunggakan selepas Notis E tamat menyebabkan 30 tayar motosikal serta peralatan membaiki motosikal di premis berkenaan bernilai RM10,096 disita.

Pemilik diberikan tempoh selama tujuh hari bagi tuntutan semula barangan yang disita sebelum lelongan awam dilaksanakan.

Tindakan sitaan yang dijalankan adalah selaras dengan keperluan Seksyen 148, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) susulan kegagalan pemilik yang menjelaskan tunggakan cukai taksiran yang tertunggak setelah tempoh Notis E selama 15 hari tamat," katanya.

Katanya, dalam operasi itu, lapan premis termasuk bengkel motosikal berkenaan diperiksa membabitkan tunggakan keseluruhan bernilai RM55,211.

Daripada jumlah itu, MPAJ berjaya mengutip tunggakan cukai taksiran berjumlah RM50,522 daripada tujuh premis," katanya.

Beliau berharap tindakan itu dapat mengurangkan jumlah pemilik hutang tegar dan memastikan pemilik harta lebih bertanggungjawab dalam menjelaskan cukai taksiran MPAJ mengikut tempoh yang ditetapkan.

Jelasnya, pemilik atau pemegang harta yang tidak mampu menjelaskan keseluruhan tunggakan cukai taksiran boleh hadir ke Menara MPAJ untuk rundingan bayaran secara ansuran.

Tambahnya, operasi yang menumpukan kepada premis mempunyai tunggakan cukai taksiran melebihi dua penggal dan tunggakan melebihi RM1,000 itu akan dilaksanakan sehingga Jun depan.

BACA >>> Bengkel Dania Garage Tawar Tayar Rahmah RM5, Niat Bantu Pemilik Motosikal B40
BACA >>> JPJ Pulau Pinang Serbu 5 Bengkel Ubah Suai Motosikal Haram, Keluar 66 Saman

SUMBER: Sinar Harian

Related

91
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: bengkel, cukai taksiran, JPJ, notis E

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

#PanduUji GAC Emkoo, SUV Futuristik Dari RM120K

JENAMA automotif China, GAC Motor, baru sahaja memperkenalkan SUV … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev