• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Petronas AutoExpert Dibuka Di Ipoh, Pertama Di Perak!

Petronas AutoExpert Dibuka Di Ipoh, Pertama Di Perak!

March 27, 2023 By Sharil Leave a Comment

46
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

MAJLIS Amanah Rakyat (MARA) telah merasmikan sebuah pusat servis kenderaan, Is Tayar Maju Sdn Bhd di bawah program Pembangunan Usahawan Automotif MARA-Petronas (PUMP) yang pertama di Perak.

Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA, Dato' Zulfikri Osman berkata, pembukaan pusat servis ini selari dengan objektif MARA dalam membangunkan komuniti usahawan automotif yang dinamik dan kompeten.

Sejak tahun 2021, MARA Aktif memperkasa jenama perniagaan program PUMP dalam meningkatkan imej dan menepati piawaian industri, seterusnya memperkukuhkan jenama program supaya ia dilihat setara atau lebih baik daripada pesaing di pasaran," tambah Zulfikri.

Menurutnya, peningkatan imej penting untuk memberikan imej pusat servis yang lebih segar, dinamik, berani serta mampu menarik lebih ramai pelanggan.

PUMP yang berkolaborasi bersama Petronas Lubricants Marketing (Malaysia) Sdn Bhd (PLMMSB) itu dilengkapi dengan modul latihan berstruktur yang komprehensif dan seterusnya usahawan akan melaksanakan proses pengubahsuaian premis bagi mewujudkan outlet di bawah jenama tersebut.

Selain daripada latihan dan pengubahsuaian, usahawan yang terpilih turut akan menerima khidmat nasihat serta dibantu dengan kemudahan pembiayaan perniagaan bagi mereka yang layak. Proses pengubahsuaian dijangka mengambil masa selama 3 bulan.

MARA mensasarkan kepada usahawan yang ingin meningkatkan imej pusat servis serta menaiktaraf pusat servis kepada yang lebih baik. Selain itu, kami turut memberi galakan kepada lepasan Institusi Pendidikan MARA (IPMA) dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam dan Swasta untuk menceburi atau menjalankan perniagaan dalam bidang Automotif,” katanya

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PLMMSB, Mohd Zameer B Mohd Zahur Hussain berkata MARA akan memberi sokongan penuh kepada seluruh jaringan Petronas AutoExpert terutama dari segi kemahiran teknikal, latihan, peralatan dan pemasaran agar semua pengusaha PUMP mendapat nilai mampan.

Sehingga kini, sebanyak 20 outlet PUMP telah dibangunkan melibatkan peruntukan pembiayaan sebanyak RM10.3 juta. Usahawan di bawah program ini telah mencapai nilai jualan sebanyak RM15.85 juta.

Pembukaan outlet Is Tayar Maju Sdn Bhd yang dimiliki oleh Ismail bin Ahmad, 52, secara tidak langsung dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi tempatan di samping mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

BACA >>> Petronas Taja MIE Racing untuk WorldSBK, Hafizh dan Adam Wakil Malaysia
BACA >>> Little Joe Lancar Pewangi Kereta Mesra, Boleh Beli di Kedai Mesra Petronas

Related

46
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Ipoh, mara, Perak, PETRONAS AutoExpert, pusat servis

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my