• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / PREVIU: Proton Suprima S Standard - Harga Serendah RM69,438

PREVIU: Proton Suprima S Standard - Harga Serendah RM69,438

December 8, 2014 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

proton 04PROTON Suprima S secara rasminya diperkenalkan pada 16 Ogos 2013. Hadir dalam dua varian iaitu Executive dan Premium pada masa itu, Proton Suprima S dijual pada harga serendah RM76,410 hingga RM79,651 seunit.

Tidak lama kemudian, Proton tambah lagi varian Super Premium yang hadir dengan pelbagai penambahbaikan termasuk kehadiran kit badan R3.

Memahami kehendak dan keperluan pengguna yang mahukan sebuah model hatchback lebih mampu milik, Proton kini menambah lagi ahli keluarga baharu Suprima S menerusi pengenalan varian Standard. Proton Suprima S Standard dijual pada harga RM69,438.

proton 05Menerusi pelancaran model hatchback segmen C itu, ia melengkapkan lagi rangkaian Proton Suprima S sedia ada yang terdiri daripada Standard, Executive, Premium dan Super Premium.

Yang pasti, pengenalan varian paling mampu milik ini semestinya 'memaksa' Proton menggugurkan beberapa ciri berbanding yang lain. Maklumlah, kalau harga dah murah, pasti ada kekurangan, betul tak?

PENGURANGAN

Mengulas rupa luaran, ia masih tampak sama dengan kehadiran gril depan mengadaptasi rekaan sarang lebah (honeycomb), manakala kekisi ventilator ambilan udara di bampar direka semula untuk mendapatkan lebih suapan udara luar untuk turbin. Walau bagaimana, ada beberapa bahagian yang tiada pada varian Standard.

proton 30proton 14    proton 09proton 31Antara 'barang-barang' digugurkan pada varian Standard adalah ketiadaan lampu LED nyalaan siang dan lampu kabus. Selain itu, Suprima S Standard dilengkapi dengan tempat duduk fabrik, rim aloi 16 inci, sistem audio 2-din dengan pemain CD dan MP3 serta sambungan USB.

proton 21proton 20_1    proton 19

proton 18    proton 15Aspek keselamatan pula, ia hanya hadir bersama dua beg udara. Bantuan brek (BA), Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC) dan Kawalan Traksi (TC) turut digugurkan.

ENJIN KEKAL

Walaupun menerima pengurangan ciri dan teknologi, aspek prestasi masih dikekalkan. Suprima S Standard dijana unit enjin Campro Turbo bersesaran 1.6L yang mampu menghamburkan kuasa sehingga 138hp pada 5,000rpm dan tork 205Nm (2000-4,000rpm).

proton 23Hasil bantuan kotak gear transmisi Pembolehubah Berterusan (CVT) Protonic 7-kelajuan, catatan kuasa dihasilkan adalah menyamai sebuah jentera berkapasiti 2.0L.

Suprima S Standard hadir dalam lima pilihan warna menarik; Tranquility Black, Solid White, Genetic Silver, Atlantic Blue dan Fire Redwarna.

Dengan yuran tempahan RM300, setiap pembelian Suprima S Standard didatangkan dengan jaminan lima tahun atau had perbatuan 150,000 kilometer (yang mana tiba dahulu).

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: CVT Protonic, Proton Suprima S Executive, Proton Suprima S Premium, Proton Suprima S Standard, Proton Suprima S Standard Dilancarkan, Proton Suprima S Standard mampu milik, Proton Suprima S Super Premium, Suprima S Standard variah baharu Proton

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • My50 Kini Boleh Dibeli, Diaktifkan Terus Melalui TNG eWallet!
    My50 Kini Boleh Dibeli, Diaktifkan Terus Melalui TNG eWallet!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev