• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 13 Foto Rasmi Honda Civic Type R (2017) dengan Spesifikasi Asas

13 Foto Rasmi Honda Civic Type R (2017) dengan Spesifikasi Asas

March 7, 2017 By Han Othman 1 Comment

FacebookTwitter


HONDA Civic Type R (2017) menamatkan debaran peminat-peminat automotif seluruh dunia dengan menyiarkan foto rasmi dan spesifikasi asas menjelang debut model prestasi tinggi itu di Pameran Motor Antarabangsa Geneva (GIMS) 2017.

Type R generasi ke-5 ini dibangunkan berasaskan Civic generasi ke-10 dengan enjin 4-sebaris 2.0L i-VTEC pengecajturbo yang dipertingkat daripada model standard sedia ada. Hasilnya menyaksikan penambahan kuasa kuda sebanyak 10hp kepada 316hp. Bagaimanapun tork tidak berubah dan kekal pada 400Nm. Setakat ini masih tiada spesifikasi didedahkan dan kami menjangkakan catatan 5.7 saat bagi pecutan 0-100kmj seperti direkodkan model turbo standard sedia ada tidak akan menunjukkan perubahan yang drastik bagi model Type R ini.

BACA >>> Gempar, Foto Honda Civic Type R (2017) Bocor!

Trenpacu mengekalkan sistem pacuan roda-depan (FWD) dengan transmisi manual 6-kelajuan, termasuk dibekalkan sistem mekanikal Diferensial Gelincir-Terhad (Limited Slip Differential - LSD) dan kit aero berasaskan trek seperti pemisah sisi dan depan,  difuser belakang, generator vorteks dan sayap. Turut ditambah ialah sistem ekzos di tengah bampar dengan tiga paip berserta rim aloi 20-inci dan kaliper brek merah.

Aspek pengendalian dibantu Sistem Peredam Adaptif (Adaptive Damper System - ADS) dan tetapan suspensi belakang independen dengan multilink. Ini termasuk opsyen mod pacuan Comfort, Sport dan +R.

Dijangka menjengah pasaran Amerika Syarikat, Jepun dan Britain, pertengahan tahun ini dan dijual pada harga sekitar £32,000 (RM173,634). Spesifikasi lengkap akan didedahkan secara beransur-ansur. Jangan lepaskan peluang membaca kemas kini terbaru daripada PanduLaju!

BACA >>> #Videotomotif: Kisah Di Sebalik Ilham Pembangunan Honda Civic Type R (2017)

GALERI

honda-civic-type-r-2017-official-6
honda-civic-type-r-2017-official-13
honda-civic-type-r-2017-official-4
honda-civic-type-r-2017-official-2
honda-civic-type-r-2017-official-1
honda-civic-type-r-2017-official-7
honda-civic-type-r-2017-official-10
honda-civic-type-r-2017-official-11
honda-civic-type-r-2017-official-3
honda-civic-type-r-2017-official-5
honda-civic-type-r-2017-official-12
honda-civic-type-r-2017-official-9
honda-civic-type-r-2017-official-8

SUMBER: Automobiles.Honda

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Honda, Honda Civic, Honda Civic Type R, Honda Civic Type-R 2017, Pameran Motor Antarabangsa Geneva (GIMS) 2017, Pameran Motor Antarabangsa Geneva 2017, Roda4, Type-R

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev