CFMOTO Malaysia mengumumkan harga jualan rasmi sportbike terbaharu, CFMoto 450SR (2023), iaitu serendah RM28,888, tidak termasuk insurans dan cukai jalan.
Model pemasangan tempatan (CKD) itu didatangkan dalam dua warna pilihan, Zircon Black (hitam-putih) dan Nebula Black (hitam). Majlis pelancaran rasmi sportbike tersebut di Istanbul, Turkiye kelmarin.
BACA >>> CFMoto 450SR (2024) Facelift dengan Swingarm Sebelah Bakal Lancar Tahun Depan
BACA >>> CFMoto Dedah Model Konsep NK-C22
Setakat ini, 200 unit CFMoto 450SR (2023) sudah ditempah melalui rangkaian pengedar seluruh negara, dan penghantaran stok kepada pengedar bermula minggu ini.
Berikut perinciannya:
Dijana trenkuasa 4-lejang dwi-silinder sebaris 449.3cc DOHC penyejukan cecair dengan aci engkol 270º, menawarkan kuasa 49.6hp pada 9,500rpm dan tork 40.7Nm @ 7,600rpm.
Kotak gear klac manual 6-kelajuan multi-plet basah. Sistem penukaran gear jadi lebih mudah kerana dilengkapi sistem klac anti-gelincir (slipper).
Pecutan 0-100kmj mengambil masa kurang 5 saat dan kelajuan maksimum pula boleh melebihi 190kmj. Motosikal ini menggunakan frem keluli tiub.
CFMoto 450SR (2023) dilengkapi sepasang winglet untuk membantu meningkatkan daya mendap (downforce). Sistem lampu LED penuh untuk lampu depan, lampu siang (DRL), lampu signal belok dan lampu belakang.
Panel meter jenis digital TFT 5 inci berserta konektiviti Bluetooth menerusi aplikasi CFMoto Ride App untuk akses sistem navigasi, masa lap dan sejarah tunggangan.
Rim aloi aluminium 17 inci dengan tayar saiz 110/70 (depan), dan 150/60 (belakang), manakala tayar jenis semi-slik CST Adreno.
Sistem suspensi fork terbalik (USD) di depan, dan monoshock boleh laras di belakang dengan swingarm kembar.
Sistem brek cakera tunggal 320mm dengan kaliper Brembo M40 di depan, dan cakera 220mm dengan kaliper tunggal di belakang. Kedua-dua roda dipasangkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) Bosch.
Memiliki dimensi panjang 1,990mm, lebar 735mm dan tinggi 1,130mm, manakala jarak roda 1,370mm dan jarak tinggi bumi 140mm.
Tinggi pelana 795mm. Kapasiti tangki minyak 14 liter. Berat 168kg. Ujian terowong angin selama 30 jam membabitkan 20 siri ujian mendapati komponen aero seperti winglet menghasilkan downforce 1.6 kali lebih baik ketika tunggangan kelajuan tinggi.
BACA >>> Ducati Bangunkan Enjin 450cc, Bakal Sertai Motocross Dunia?
BACA >>> Italjet Dragster 500GP Debut di EICMA 2022, Jengah Pasaran 2024
BACA >>> CFMoto Bikin Kejutan, Dedah Jentera Konsep Super Sport SR C21 (2022)
Leave a Reply