• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Menteri: Kerajaan Cadang Wujudkan Pinjaman, Insurans Kenderaan Rahmah

Menteri: Kerajaan Cadang Wujudkan Pinjaman, Insurans Kenderaan Rahmah

March 16, 2023 By Shawkath Leave a Comment

112
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

KERAJAAN ada cadangan memperkenalkan kemudahan pembiayaan pinjaman dan insurans kenderaan terpakai untuk golongan B40 di bawah inisiatif Payung Rahmah.

Perkara itu disuarakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub dengan menyatakan pihak kementerian akan berjumpa dengan pihak insurans dan institusi perbankan untuk membincangkan inisiatif tersebut.

Ini kata beliau:

Ideanya dah ada, untuk seterusnya kita akan adakan sesi libat urus. Mungkin dengan pemain industri perbankan saya akan adakan pertemuan minggu depan.

"Malah pihak pengurusan MBSB Bank Berhad juga telah nyatakan bahawa mereka mungkin tawarkan pinjaman istimewa kepada B40.

"Begitu juga dengan pihak insurans, mungkin akan ada insurans kita boleh bagi kepada wanita, belia selain wujudkan insurans kereta terpakai buat rakyat yang tidak mampu membeli kereta baharu."

Salahuddin menyatakan beliau sudah berbincang dengan syarikat insurans tentang cadangan insurans Rahmah membabitkan kenderaan terpakai.

Beliau berkata:

Semalam, saya berbincang dengan salah sebuah syarikat insurans kerana kereta terpakai, contohnya ada yang berisiko alami kerosakan besar seperti di bahagian enjin dan kotak gear.

"Jadi, mungkin akan ada insurans Rahmah yang boleh ditawarkan kepada rakyat yang memang tidak mampu beli kereta baharu dan hanya mampu pakai kereta terpakai sahaja. Tapi (kita mahu) ada skim perlindungan untuk kereta mereka. Itu konsep yang telah kita fikirkan.”

BACA >>> AirAsia Tawar 'Tambang Rahmah' Sempena Aidilfitri, RM199 KL-Sarawak, RM249 KL-Sabah!
BACA >>> 'Menu Rahmah' kini di RnR Lebuhraya PLUS!
BACA >>> Menteri MITI: Kerajaan Tak Kawal Harga Kereta
BACA >>> MITI Minta Proton, Perodua Percepat Pengeluaran EV Nasional 'Rahmah'

SUMBER: Sinar

Related

112
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Datuk Seri Salahuddin Ayub, Golongan B40, Insurans Rahmah, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Pinjaman Pembelian Rahmah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev