DALAM artikel sebelum ini kami paparkan sebuah projek Honda CR-V berkuasa 800hp. Rupanya Honda berkongsi lebih banyak maklumat yang mana projek tersebut dibuat sempena perlumbaan IndyCar.
Kereta lumba dengan unit kuasa hibrid akan digunakan dalam siri perlumbaan NTT IndyCar Series 2024. Sebelum musim baharu bermula, Honda mendedahkan kepada peminat mengenai teknologi yang digunakan pada Honda CR-V Hybrid Racer.
BACA >>> Projek Ekstrem Lain daripada Lain, Honda CR-V Hybrid Racer Ini Mampu Ledak 800hp!
BACA >>> #Spyshot: Kelibat Honda CR-V (2023) Dikesan Sedang Diuji di Thailand
Projek itu diilham dan direka pasukan jurutera Honda Performance Development (HPD) di California, Amerika Syarikat (AS) dan pasukan pereka dari Bahagian Rekabentuk Auto Amerika Utara (NAAD). Model itu dibina Honda of America Racing Team (HART) di Pusat Pembangunan Automotif Honda (ADC) di Ohio, AS.
Dengan nama projek 'The Beast', Honda CR-V Hybrid Racer dijana enjin 2.2L turbo kembar dan transmisi 6-kelajuan XTRAC. Pakej elektrik terdiri daripada sistem simpanan tenaga super kapasitor daripada Skeleton dan unit generator motor elektrik Empel.
Semua pakej teknologi itu dimuatkan dalam badan Honda CR-V Hybrid (2023) yang direka semula NAAD. Model raksasa itu menggunakan bahan api lumba Shell 100 peratus boleh diperbaharui. Sebagai makluman, projek tersebut juga dijadikan Honda dan HPD sebagai makmal bergerak untuk pembangunan teknologi elektrifikasi.
Honda CR-V Hybrid Racer menggunakan casis tiub besi Chromoly dan dari bahagian garis baharu (beltline) ke atas kekal dengan badan keluli CR-V baharu termasuk cermin depan, tingkap dan bumbung suria.
Bahagian bawah dibuat daripada komposit karbon dengan kit aerodinamik agresif seperti spliter dan gerbang roda lebar. Bahagian belakang pula tampil agresif dengan spoiler besar dan difuser.
Projek ekstrem berkenaan diserlahkan lagi dengan balutan yang mempunyai lakaran trenkuasa dan litar lumba IndyCar hasil rekaan pereka kanan, Lili Melikian.
Satu lagi yang dikongsi, Honda CR-V Hybrid Racer membawa gaya jentera lumba GT dan jentera rali Group B era 80-an dan 90-an.
Spesifikasi Honda CR-V Hybrid Racer
Trenkuasa
- Enjin Honda HI23TT 2.2L turbo kembar V6 dengan pengecas turbo Borg Warner EFR7163.
- Unit Kawalan Enjin (ECU) Tag 400i McLaren Applied Technologies.
- Port trotel kawalan Drive-by-Wire.
- Bahan api luma Shell 100 peratus boleh diperbaharui.
- Unit generator motor elektrik Empel pengaktifan pemandu.
- Sistem simpanan tenaga super kapasitor Skeleton.
- Transmisi 6-kelajuan XTRAC dengan pedal syif Mega-Line.
Casis dan Badan
- Frem casis tiub besi Chromoly.
- Badan Honda CR-V generasi keenam dari bahu ke atas.
- Cermin depan dan tingkap sisi Honda CR-V Hybrid.
- Kit badan gentian karbon.
- Pintu jenis butterfly half-cut untuk pemandu dan penumpang.
- Badan belakang jenis clamshell.
- Radiator daripada jentera Dallara IR-18 Indy yang diubah suai HPD.
Suspensi
- Suspensi depan Acura NSX GT-3 Evo22 yang dibangunkan HPD.
- Suspensi belakang diubah suai daripada jentera Dallara IR-18 Indy.
- Brek depan Brembo saiz 380mm daripada Acura NSX GT-3 Evo22.
- Brek belakang Brembo saiz 355mm yang diubah suai dan dipadankan pada suspensi belakang Dallara IR-18.
- Tayar musim panas Firestone Firehawk Indy 500 Ultra-High Performance.
- Tayar depan saiz 285/35-20 dan belakang saiz 305/35-20.
- Rim 2Elle Engineering 20x10.5 di depan dan two-piece 20x11 (belakang).
BACA >>> SUV Hibrid Gaya Sport Honda ZR-V e:HEV MUGEN Custom Concept (2023)
BACA >>> 5 Ciri Honda CR-V (2023) Serba Baharu dengan Pilihan Enjin Turbo, Hibrid
Leave a Reply